MEXICO: Seorang usahawan terkenal, Alberto Prieto, dilaporkan dib*unuh oleh kumpulan kartel selepas beliau enggan membayar yuran perlindungan yang dituntut oleh sindiket jenayah terancang.
Menurut laporan awal media tempatan, kejadian berlaku ketika mangsa berada di dalam kenderaan mewah Lamborghini Urus miliknya, yang kemudiannya dilepaskan tembakan bertubi-tubi oleh penyerang bersenjata.

Siasatan mendapati kenderaan tersebut mengalami kerosakan teruk dengan ratusan kesan tembakan, menandakan serangan yang terancang dan kejam.
Sumber keselamatan memaklumkan bahawa Prieto sebelum ini didakwa menerima ugutan daripada kartel tempatan yang menuntut bayaran tetap sebagai “perlindungan” untuk menjalankan perniagaan. Keengganan mangsa dipercayai menjadi punca utama serangan tersebut.
Pihak berkuasa Mexico kini melancarkan siasatan penuh, termasuk meneliti rakaman CCTV dan rangkaian kartel yang aktif di kawasan kejadian.
Kes ini sekali lagi menyerlahkan ancaman serius kartel terhadap komuniti perniagaan di Mexico, khususnya mereka yang enggan tunduk kepada pemerasan jenayah.
Insiden berprofil tinggi ini turut mencetuskan kebimbangan orang awam terhadap tahap keselamatan dan keberkesanan usaha kerajaan mengekang keganasan kartel yang semakin berani menyasarkan individu berpengaruh.
— Mynewshub


