• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TDM Tak Kompromi Budaya ‘YEYE’

oleh Mohd Arshad
09/01/2026
dalam Utama & Sensasi
0
TDM Tak Kompromi Budaya ‘YEYE’
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Tentera Darat Malaysia (TDM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai mahupun anggotanya yang terbabit dalam budaya tidak sihat, susulan isu tular mengenai “budaya YEYE” yang mencetuskan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.

Sel Perhubungan Raya Markas Tentera Darat Malaysia dalam kenyataan berkata, kepimpinan baharu TDM memandang serius perkara itu dan memberi jaminan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah.

Satu siasatan dalaman akan dijalankan serta-merta terhadap aduan yang diterima berhubung isu berkenaan.

“TDM tidak akan berkompromi dengan salah laku warganya sama ada pegawai atau anggota yang didapati terbabit secara langsung atau tidak langsung.

“Tindakan tegas terhadap pelaku akan diambil mengikut peraturan perkhidmatan dan undang-undang sedia ada jika terbukti bersalah,” kata kenyataan itu.

Kenal pasti langkah pencegahan jangka panjang

Bagi memastikan isu integriti dan aktiviti tidak bermoral dapat dibendung, TDM menggariskan beberapa langkah penguatkuasaan dan pencegahan jangka panjang.

“Antaranya ialah pemantauan pemerintahan iaitu semua pemerintah di setiap pasukan, formasi, dan pusat latihan diarah melaksanakan pemantauan berterusan serta memberi peringatan berkala kepada warga tentera.

“Selain itu, TDM akan memperkasakan pendidikan moral, kesedaran integriti, dan etika di semua peringkat. Ini termasuk mempergiatkan aktiviti keagamaan dan kerohanian bagi memupuk jati diri serta nilai profesionalisme yang tinggi,” katanya.

Kenyataan itu turut menekankan komitmen kepimpinan TDM untuk memastikan institusi pertahanan negara itu terus diyakini dan dihormati rakyat.

TDM bertekad untuk mengekalkan amalan integriti dan profesionalisme yang tinggi demi keselamatan dan kedaulatan negara.

BHonline-

Tags: TDMYEYE
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

MINDEF, ATM Sudah Lama Haramkan ‘Pesta Yeye’

MINDEF, ATM Sudah Lama Haramkan ‘Pesta Yeye’

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, hari ini melaungkan amaran tegas budaya hedonisme yang tidak berakhlak serta...

‘Anggota Payung Terjun Alami Retakan Halus Tulang Leher, Bukan Patah Tulang Rusuk’ – TDM

‘Anggota Payung Terjun Alami Retakan Halus Tulang Leher, Bukan Patah Tulang Rusuk’ – TDM

01/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Anggota tentera yang cedera ketika latihan persembahan payung terjun di Melaka mengalami retakan hals pada tulang leher dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd