• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami, Isteri Maut Dibunuh: Atuk Tekad Jaga Tiga Cucu

oleh Mohd Arshad
14/01/2026
dalam Jenayah
0
Suami, Isteri Maut Dibunuh: Atuk Tekad Jaga Tiga Cucu
Share on FacebookShare on Twitter

SRI AMAN – Bapa kepada mangsa wanita yang ditemukan meninggal dunia bersama suaminya dalam kejadian tragis di sebuah kediaman di Taman Mutiara, Jalan Brayun, di sini memaklumkan akan mengambil alih tanggungjawab menjaga tiga anak mendiang yang juga cucunya.

Dalam masa sama, Kibin Jaya, 68, meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian berkenaan dan menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak polis.

“Biarlah pihak polis menyiasat, biar mereka lihat apakah bukti-bukti atau sebabnya.

“Buat masa ini, saya minta jangan buat apa-apa spekulasi. Kita tunggu keputusan siasatan penuh pihak polis,” katanya ketika dipetik menerusi laporan Suara Sarawak, pada Rabu.

Menurutnya, pihak keluarga enggan mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut kerana bimbang ia boleh mengganggu siasatan memandangkan kes tersebut melibatkan kematian serius.

“Kita takut untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan kerana dibimbangi menganggu siasatan memandangkan kes ini melibatkan kematian yang agak serius,” katanya ketika dipetik menerusi laporan Suara Sarawak, pada Rabu.

Kibin turut memaklumkan bahawa beliau kerap berkunjung ke kediaman anak dan menantunya itu, namun tidak menyedari sebarang perubahan tingkah laku pasangan berkenaan sebelum kejadian berlaku.

“Ada berjumpa, memang saya selalu ke sini (kediaman mangsa) dan masing-masing tidak menunjukkan sebarang perubahan,” katanya.

Sebelum itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah, mengesahkan seorang lelaki berusia 45 tahun dan isterinya berusia 44 tahun ditemukan meninggal dunia di kediaman mereka pada awal pagi Rabu.

Kedua-dua mangsa ditemui dengan kesan kecederaan serius dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, mangsa lelaki, Andy Roy Anak Junran, merupakan guru besar di Sekolah Kebangsaan (SK) Sebangki, manakala isterinya, Angelin Kibin, bertugas sebagai jururawat di Hospital Sri Aman.

Pasangan itu meninggalkan tiga orang anak, masing-masing berusia sembilan, 16 dan 17 tahun.

-Sinar Harian

Tags: isterikes bunuhsuami
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Wanita Hilang Ditemui Maut, Dipercayai Dibunuh Kekasih

Wanita Hilang Ditemui Maut, Dipercayai Dibunuh Kekasih

30/01/2026
0

BATU PAHAT - Misteri kehilangan seorang wanita yang dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak beberapa hari lalu terjawab apabila mayatnya...

Suami Orang Dakwa Dalam Proses Cerai, Dicekup Berkhalwat Bersama Janda

Suami Orang Dakwa Dalam Proses Cerai, Dicekup Berkhalwat Bersama Janda

20/12/2025
0

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki berstatus suami orang dan seorang wanita berstatus janda dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd