• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Op Ambang Tahun Baharu: 1,206 Saman Dikeluarkan, 93 Kenderaan Disita Di Selangor

oleh Mohd Arshad
01/01/2026
dalam Terkini
0
Op Ambang Tahun Baharu: 1,206 Saman Dikeluarkan, 93 Kenderaan Disita Di Selangor
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,206 saman kesalahan trafik dikeluarkan dan 93 kenderaan disita dalam Operasi Ambang Tahun Baharu 2026 oleh Polis Selangor yang dijalankan semalam hingga awal pagi tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata operasi penguatkuasaan itu dilaksanakan bagi mengekang ketidakpatuhan perilaku pemanduan serta membanteras pelanggaran undang-undang yang boleh menggugat ketenteraman awam sepanjang fasa sambutan ambang tahun baharu.

Beliau berkata, hasil operasi yang dijalankan daerah Ampang Jaya merekodkan jumlah saman tertinggi iaitu 199 saman, diikuti Shah Alam (161) dan Petaling Jaya (156).

“Penguatkuasaan ini turut dilaksanakan di daerah lain termasuk Klang Utara dengan 124 saman, Klang Selatan (80) , Sungai Buloh (74) serta daerah lain di bawah Polis Selangor dengan keseluruhan saman berjumlah 1,206 keping saman.

“Pihak polis turut melaksanakan sitaan ke atas 93 kenderaan atas pelbagai kesalahan, selain menahan tujuh individu mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, tujuh tangkapan itu masing-masing dua tangkapan atas kesalahan mengikut Seksyen 45A(1), dua tangkapan mengikut Seksyen 42(1) dan tiga tangkapan mengikut Seksyen 108(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Operasi itu dilaksanakan dengan kekuatan keseluruhan 413 anggota termasuk 350 pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafrik (JSPT) Selangor, dibantu 41 anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) serta tugas am.

“Kolaborasi strategik ini turut diperkukuhkan dengan pembabitan 19 pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan tiga anggota RELA bagi memastikan setiap inci laluan kritikal di bawah pentadbiran Polis Selangor berada dalam keadaan terkawal dan selamat,” katanya.

Shazeli berkata, Polis Selangor tidak akan berkompromi terhadap budaya ketidakpatuhan di jalan raya demi melindungi nyawa orang ramai daripada kecuaian pemandu yang tidak bertanggungjawab.

“Pihak polis menyeru seluruh masyarakat agar sentiasa membudayakan disiplin pemanduan yang luhur demi menjamin kesejahteraan dan kelestarian keselamatan bersama,” katanya.

BHonline-

Tags: OP Ambang Tahun Baharu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

174 Saman Dikeluarkan, Tiga Lelaki Ditahan Di NS

01/01/2022
0

SEREMBAN: Sebanyak 174 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan menerusi Op Ambang Tahun Baru 2022 yang dijalankan di sekitar negeri ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd