• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, January 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB: Selangor Batal Sementara Projek Ternak Babi Di Bukit Tagar

oleh Mohd Arshad
26/01/2026
dalam Utama & Sensasi
0
MB: Selangor Batal Sementara Projek Ternak Babi Di Bukit Tagar
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan Negeri Selangor membatalkan sementara projek penternakan babi di Bukit Tagar susulan kegusaran dan bantahan orang ramai, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata kerajaan negeri membuat keputusan itu sementara mencari lokasi baharu, selain keperluan mengadakan perbincangan bersama dengan pengusaha ternakan serta memberikan penjelasan kepada semua pihak atas salah faham yang timbul.

“Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ada hubungi saya melalui telefon ketika saya berada di luar negara.

“Isu itu dah melampaui daripada hal sebenar dan realiti sebenar, jadi kita tangguh dan batalkan buat sementara, setelah kita dapat pilihan tapak ataupun kaedah lain,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2026 di Dewan Raja Muda Musa, di Shah Alam hari ini.

Amirudin berkata Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) juga telah mengarahkan Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri Datuk Izham Hashim mencari kawasan alternatif bagi projek berkenaan.

“Pada hari Rabu (lepas), MMKN memang telah memberikan arahan untuk mencari alternatif kawasan kerana kita lihat ada bantahan keras, kemudian diikuti pula dengan cadangan Perdana Menteri yang saya sambut baik,” katanya.

Amirudin berkata isu berkenaan masih pada peringkat awal dan belum dimuktamadkan kerana tiada kertas kerja atau kelulusan rasmi dikemukakan, namun persepsi awam bahawa projek akan dilaksanakan segera telah menyebabkan kekeliruan dan mendorong kerajaan negeri mengambil pendekatan lebih berhati-hati.

“Isu ini jadi pramatang. Penglibatan dengan masyarakat, penilaian impak sosial (SIA) dan proses lain sepatutnya dibuat terlebih dahulu. Kita akui mungkin ada pengumuman yang mendahului proses sepatutnya,” katanya.

Beliau bagaimanapun, menafikan dakwaan sinis bahawa projek di Bukit Tagar akan dibangunkan seperti “hotel babi”, sambil menekankan bahawa keutamaan kerajaan negeri adalah untuk menjaga kepentingan semua pihak secara adil.

Selain itu, Amirudin berkata kerajaan negeri tidak bercadang membangunkan projek penternakan berskala besar seperti yang digambarkan sesetengah pihak.

“Bukan mega, bukan besar-besaran. Anggaran mungkin kira-kira 20 hingga 30 peratus (keperluan) sahaja. Dakwaan ‘mega’ itu berlebihan,” katanya sambil menambah bahawa matlamat utama kerajaan negeri adalah untuk menyusun semula penternakan babi yang berselerak bagi mengawal isu kebersihan dan alam sekitar.

Pada 10 Jan, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita dan tidak bersetuju dengan perancangan kerajaan negeri yang membenarkan operasi penternakan babi di Tanjong Sepat, Kuala Langat, bermula tahun ini, sebelum dipindahkan ke Bukit Tagar pada 2030.

Sementara itu, pada Jumaat lepas, Perdana Menteri mengesyorkan supaya projek ternakan babi berpusat di Bukit Tagar yang menimbulkan keresahan masyarakat setempat dibatalkan terlebih dahulu ataupun dipindahkan di kawasan baharu yang lebih baik.

Bernama

Tags: babiBukit Tagar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Anjur Glamping Ga*y Di Hulu Langat!

Jangan Anjur Glamping Ga*y Di Hulu Langat!

13/01/2026
0

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Sahibus Samahah Mufti Selangor menzahirkan pendirian tegas menentang sebarang bentuk penganjuran, sambutan...

Operasi Penternakan Babi Di Tanjong Sepat Dihentikan, Dipindahkan Ke Bukit Tagar

Operasi Penternakan Babi Di Tanjong Sepat Dihentikan, Dipindahkan Ke Bukit Tagar

12/01/2026
0

SHAH ALAM: Sultan Selangor menitahkan agar tiada lagi operasi penternakan babi dibenarkan di kawasan Tanjong Sepat, Kuala Langat, dan semua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd