PUTRAJAYA : Kerajaan akan melaksanakan Pengukuran Pembelajaran Tahun Empat
mulai tahun ini bagi empat mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pengukuran Pembelajaran Tingkatan Tiga bagi lima mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah bermula pada 2027.
“Kedua-dua pengukuran ini akan ditadbir oleh Lembaga Peperiksaan (LA) secara berpusat. Nama lain bagi pengukuran ini adalah Matriks Pembelajaran Malaysia,” katanya berucap pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026 – 2035 di sini, hari ini.
BHonline-
