• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kereta Api Thailand Dihempap Kren, Tiada Rakyat Malaysia Terbabit

oleh Mohd Arshad
14/01/2026
dalam Terkini
0
Kereta Api Thailand Dihempap Kren, Tiada Rakyat Malaysia Terbabit
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden maut di timur laut Thailand, hari ini apabila sebuah kren pembinaan tumbang dan menghempap sebuah kereta api penumpang yang sedang bergerak, mengorbankan sekurang-kurangnya 31 orang.

Duta Besar Malaysia ke Thailand Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah berkata, kejadian berlaku pada 9.45 pagi waktu tempatan di daerah Sikhio, wilayah Nakhon Ratchasima, kira-kira 230km timur laut Bangkok, yang turut mencederakan sekurang-kurangnya 64 orang manakala tiga lagi dilaporkan hilang.

Beliau berkata, kereta api itu dalam perjalanan dari Bangkok menuju ke wilayah Ubon Ratchathani.

“Semua yang cedera telah dikenal pasti sebagai warga Thailand, sementara identiti mereka yang terkorban masih belum disahkan sepenuhnya. Setakat ini, tiada warga asing direkodkan.

“Berdasarkan maklumat setakat 5.20 petang waktu tempatan, tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu.

Laporan media menyebut kereta api itu membawa kira-kira 195 penumpang dan kakitangan.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan Phiphat Ratchakitprakarn mengarahkan siasatan menyeluruh terhadap kejadian tersebut.

Kerja-kerja pembinaan itu adalah sebahagian daripada segmen Bangkok-Nakhon Ratchasima bagi projek kereta api laju transnasional yang menghubungkan Bangkok dengan Kunming di barat daya China.

Italian-Thai Development Public Company Limited, kontraktor yang bertanggungjawab bagi pembinaan segmen itu, berkata ia akan menyediakan pampasan dan rawatan perubatan kepada semua yang terjejas.

-Harian Metro

Tags: kereta apiKrenThailand
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

18/01/2026
0

KOTA BHARU: Polis Kelantan termasuk cawangan khas kini giat memburu beberapa suspek pengeboman 11 stesen minyak di Selatan Thailand yang...

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

15/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN yang dijadual esok, ditangguhkan bagi memastikan semua perkara disusun secara teratur, kata Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd