• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Ini Kali Ke 4 Saya Disaman Bawa Motosikal Tanpa Lesen, Terpaksa Kerja Lepas Balik Sekolah Cari Duit Bayar Saman’ – Pelajar Tingkatan Empat

oleh Mohd Arshad
25/01/2026
dalam Utama & Sensasi
0
‘Ini Kali Ke 4 Saya Disaman Bawa Motosikal Tanpa Lesen, Terpaksa Kerja Lepas Balik Sekolah Cari Duit Bayar Saman’ – Pelajar Tingkatan Empat
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: “Ini kali keempat saya disaman atas kesalahan sama. Pada tahun lalu, tiga kali saya disaman kerana tiada lesen memandu, emak enggan membantu, jadi saya bekerja selepas balik sekolah untuk cari wang sendiri membayar saman itu,” kata remaja lelaki dikenali sebagai Aji.

Aji yang juga pelajar Tingkatan Empat sebuah sekolah menengah di ibu kota itu antara 400 penunggang motosikal yang diperiksa pada Ops Samseng Jalanan dan Ops Bersepadu Penguatkuasaan Lalulintas di Jalan Ipoh hala Chow Kit, Jalan Ipoh hala Sentul, Jalan TAR dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).

Aji menafikan menyertai lumba haram, sebaliknya mendakwa datang ke kawasan itu untuk pergi ke rumah rakan dan membantu menolak motosikal seorang lagi rakannya yang mengalami masalah.

“Saya tahu di sini lokasi orang berlumba motosikal tetapi saya tidak pernah terbabit dengan mereka, cuma pernah datang menonton ‘acara’ itu,” katanya.

Aji yang masih di bawah usia dan tidak mempunyai lesen memandu, maklum tindakannya menunggang motosikal tanpa lesen adalah salah.

Katanya, dia bercadang mahu mengambil lesen memandu motosikal selepas menyelesaikan saman pada hujung bulan ini.

“Saya pernah ditahan dan disaman tiga kali sebelum ini dengan kali terakhir pada Oktober lalu. Dua saman sudah diselesaikan dan hujung bulan ini, akan bayar satu lagi saman, tetapi tak sangka pula pagi ini bertambah satu lagi saman.

“Ibu bapa tahu saya disaman dan meminta saya selesaikan sendiri masalah itu. Sebab itu saya bekerja sambilan di restoran untuk bayar saman, selain bagi membantu keluarga kerana ibu bapa tak bekerja akibat masalah kesihatan,” katanya.

Tinjauan di Lebuhraya DUKE mendapati, segelintir penunggang motosikal berani menunggang melawan arus untuk mengelak ditahan pihak berkuasa di lokasi yang dijadikan ‘litar’ itu bagi menguji kehebatan jentera masing-masing.

Pemerhatian mendapati lokasi itu ‘meriah’ dengan kehadiran penunggang motosikal dengan bunyi bingit ekzos yang mengganggu penduduk setempat, malah beberapa individu turut berlumba dengan melakukan aksi berbahaya seperti zig zag, ‘superman’ dan ‘wheelie’.

Bagaimanapun, aktiviti itu terhenti apabila diserbu pihak polis dengan pelbagai cubaan dilakukan penunggang motosikal untuk melarikan diri termasuk melawan arus, selain cuba melalui lorong tikus yang ada di beberapa susur keluar di lokasi berkenaan.

Operasi bersepadu itu membabitkan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Konsesi Lebuhraya DUKE dan Jabatan Pencegahan Jenayah Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul serta JPJKK IPD Wangsa Maju.

BHonline-

Tags: Disamanmotosikal
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

Penunggang Motosikal Sentap Kena Hon!

Penunggang Motosikal Sentap Kena Hon!

03/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Tular satu rakaman dashcam memaparkan tindakan seorang penunggang motosikal menunggang secara berbahaya sebelum bertindak memarahi pemandu kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd