• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hadi Awang Kemungkinan Besar Dilantik Pengerusi PN – Kamaruddin

oleh Mohd Arshad
01/01/2026
dalam Politik
0
Hadi Awang Kemungkinan Besar Dilantik Pengerusi PN – Kamaruddin
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU: BERSATU Kelantan tidak menolak kemungkinan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, akan dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan berkuatkuasa hari ini.

Pengerusinya, Datuk Kamaruddin Md Noor, berkata ia mengambil kira status PAS dan BERSATU selaku dua parti besar dalam gabungan berkenaan.

Malah, katanya sebelum ini pun Muhyiddin pernah menawarkan jawatan berkenaan kepada Abdul Hadi, namun ditolak Ahli Parlimen Marang itu.

“Memandangkan dalam PN hanya mempunyai dua parti besar iaitu BERSATU dan PAS berbanding parti lain, maka logiknya Pengerusi PN nanti adalah dari PAS.

“Mengikut perlembagaan PN, mereka yang mengetuai PN adalah ketua parti masing-masing dan jika PAS yang mengetuai PN nanti, sudah tentulah Tan Sri Abdul Hadi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyambut ketibaan pelancong di pintu masuk sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026) di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di sini, hari ini.

Sebelum ini, PAS memberi bayangan bahawa pemimpin parti itu yang akan menerajui PN tidak semestinya diwakili Abdul Hadi selaku Presiden.

Sebaliknya, Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, berkata pemimpin parti itu yang akan diangkat sebagai Pengerusi PN adalah individu yang diyakini boleh menggembleng kekuatan parti yang ada di bawah perikatan terbabit.

Mengulas lanjut katanya, pelantikan Pengerusi PN dijangka dibuat dalam masa terdekat selepas perbincangan mendapat kata sepakat.

“Untuk pelantikan Pengerusi PN, semua ketua parti dalam PN akan berbincang bagi mencapai kata sepakat berkaitan lantikan baharu.

“Kami di BERSATU tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya Pengerusi PN yang dilantik nanti daripada PAS,” katanya.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, sebelum ini mengesahkan parti itu akan mengusulkan beberapa nama untuk dicadangkan sebagai Pengerusi PN yang baharu, menggantikan Muhyiddin.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) PN dalam masa terdekat.

BHonline-

Tags: Hadi AwangPengerusi PN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hadi Awang Tolak Jadi PM Jika PN Menang PRU16

Hadi Awang Tolak Jadi PM Jika PN Menang PRU16

15/09/2025
0

ALOR SETAR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menolak kemungkinan beliau akan menjadi Perdana Menteri sekiranya Perikatan Nasional (PN)...

PAS Mahu Hadi Kekal Sebagai Presiden

PAS Mahu Hadi Kekal Sebagai Presiden

05/07/2025
0

KOTA BHARU: PAS mahu mengekalkan Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai presiden parti dan akan dizahirkan pada Muktamar Tahunan PAS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd