• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, January 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dulu Dibunuh…Atau Digulingkan…Kini Dah Ada Penculikan Kalau Tidak Tunduk Kepada AS

Penculikan Presiden Venezuela: Precedent Berbahaya Dunia Antarabangsa

oleh Mohd Arshad
04/01/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Dulu Dibunuh…Atau Digulingkan…Kini Dah Ada Penculikan Kalau Tidak Tunduk Kepada AS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR  _ Tindakan tidak bertamadun yang dilakukan oleh Amerika Syarikat terhadap Presiden Venezuela, Nicolás Maduro, serta isterinya Cilia Flores, merupakan satu perbuatan yang amat dikecam dan tidak boleh diterima oleh mana-mana masyarakat bertamadun.

Ia bukan sekadar pelanggaran kedaulatan sebuah negara berdaulat, malah mewujudkan precedent yang sangat membahayakan dalam hubungan antarabangsa—di mana pemimpin sesebuah negara boleh diculik sesuka hati oleh kuasa besar atas nama kuasa, pengaruh atau kepentingan geopolitik.

Jika perbuatan seperti ini dibiarkan tanpa kecaman dan tindakan tegas, dunia sedang menuju ke arah anarki antarabangsa, di mana undang-undang antarabangsa, prinsip kedaulatan negara, dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu hanya tinggal slogan kosong.

Hari ini Venezuela, esok mungkin negara lain yang tidak sehaluan dengan kepentingan kuasa besar.

Masyarakat antarabangsa tidak boleh berdiam diri.

Yang diculik begitu selamba itu adalah Presiden sebuah negara berdaulat.

Kerana tamak mahu menguasai minyak Venezuela, maka alasan pengedaran dadah dan senjata diwujudkan untuk menculik pemimpin berkenaan yang diketahui tidak mahu tunduk kepada pengaruh AS.

Akan datang negara anjing Israel ini boleh mewujudkan apa sahaja alasan untuk menculik mana-mana pemimpin yang enggan tunduk kepada mereka.

Dan apakah yang akan menghalang negara besar lain bertindak melakukan perkara yang sama?

Mungkin lepas ini China boleh menculik Presiden Taiwab pula atas apa-apa alasan rekaan.

Penculikan pemimpin negara—sama ada secara langsung atau terselindung—adalah satu jenayah politik global yang mengancam kestabilan dunia, mencetuskan konflik, dan membuka pintu kepada penyalahgunaan kuasa tanpa batas.

Dunia mesti menolak politik ala “siapa kuat dia berkuasa”, atau “siapa kuat maka dia boleh buat ikut suka mak bapak dia!”.

Keadilan antarabangsa hanya bermakna jika undang-undang terpakai kepada semua—termasuk negara yang paling berkuasa.

Amerika Syarikat kini umpama negara anjing gila yang sudah terlalu mirip dengan Zionist tingkah-laku mereka.

Sikap angkuh seperti ini seharusnya dikutuk dan dikeji oleh masyarakat antarabangsa. – MYNEWSHUB

Tags: Venezuela
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Trump Izin Syarikat AS Teroka Rizab Sumber Minyak Mentah Di Venezuela

Trump Izin Syarikat AS Teroka Rizab Sumber Minyak Mentah Di Venezuela

04/01/2026
0

PALM BEACH: Presiden Donald Trump akan membenarkan syarikat minyak Amerika Syarikat (AS) memasuki Venezuela bagi meneroka rizab minyak mentah yang...

Rusia Luah Kebimbangan Serius Dakwaan Maduro Dibawa Keluar Secara Paksa Oleh AS

Rusia Luah Kebimbangan Serius Dakwaan Maduro Dibawa Keluar Secara Paksa Oleh AS

04/01/2026
0

MOSCOW / CARACAS – Rusia menyuarakan kebimbangan serius terhadap laporan yang mendakwa Presiden Venezuela, Nicolás Maduro, dan isterinya, Cilia Flores,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd