• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Benteng Pecah Di Sungai Berong Laut Dibaiki Secara Berfasa, Pasang 1,865 Beg Pasir

oleh Mohd Arshad
02/01/2026
dalam Terkini
0
Benteng Pecah Di Sungai Berong Laut Dibaiki Secara Berfasa, Pasang 1,865 Beg Pasir
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT: Keadaan struktur benteng di Kampung Sungai Berong Laut, Rengit, di sini, yang gagal berfungsi dan pecah pada 28 Jun tahun lalu, akan dibaiki secara berfasa menerusi pelbagai kaedah termasuk pemasangan 1,865 beg pasir bersaiz besar.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata pemasangan beg pasir itu adalah 93.25 peratus daripada keseluruhan 2,000 jumlah beg yang akan dipasang.

Beliau berkata, sebanyak 65.7 peratus daripada 1,350 pokok kelapa juga ditanam bagi mengimbangi impak ombak laut.

“Bagi mengukuhkan benteng, pemasangan batu jenis Armour Rock sepanjang 64 meter (m) juga telah siap dengan (kemajuan) sebanyak 33.5 peratus dan kerja-kerja menambak tanah sepanjang 48m mencapai 24 peratus,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Mohamad Fazli berkata, kerja bagi menaikkan ketinggian benteng ke aras 3m juga akan dilakukan bagi memastikan perlindungan yang lebih selamat kepada penduduk, sekali gus menyekat limpahan air laut ke kawasan penempatan.

Beliau berkata, projek pembaikan bersifat kecemasan itu dilaksanakan bagi menjamin keselamatan nyawa dan harta benda penduduk setempat menerusi pelbagai kaedah.

Pelaksanaan juga harus dilakukan ketika keadaan air surut, selain cabaran cuaca yang perlu dihadapi termasuk air pasang besar yang boleh menjangkau ketinggian sehingga 3.4m berbanding tahap ketinggian benteng hanya sekitar 2.4m hingga 2.6m.

Sebelum ini, media melaporkan aduan penduduk di sekitar kampung berkenaan yang terjejas apabila air pasang melanda hingga menyebabkan banjir memaksa mereka dipindahkan ke pusat transit sementara.

Penduduk juga mendakwa akibat kejadian itu pelbagai masalah timbul, antaranya tanaman rosak, ternakan mati serta perabot rosak akibat banjir.

–BERNAMA

Tags: Beg PasirBenteng PecahSungai Berong Laut
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd