• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

oleh Mohd Arshad
16/01/2026
dalam Politik
0
3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi parti itu selama tiga tahun dalam Kerajaan Perpaduan.

Selain realiti politik negara berhubung cabaran politik rentas gabungan kepartian, Presiden UMNO itu berkata dua lagi membabitkan kedudukan UMNO yang perlu berhadapan realiti dinamika politik Melayu dan cabaran identiti, serta keperluan untuk mendepani realiti politik UMNO dan krisis keyakinan secara bijaksana.

Mengulas lanjut, katanya landskap politik masa kini memaksa UMNO menerima hakikat bahawa tiada satu parti pun boleh memerintah bersendirian, dengan era dominasi mutlak satu-satu gabungan sudah berakhir.

“Dahulu, Barisan Nasional (BN) gabungan tunggal yang ditunjangi UMNO mentadbir negara. Kini, kerajaan terbina hasil kerjasama rentas gabungan melibatkan 17 parti gabungan, antaranya gabungan BN, gabungan Pakatan Harapan (PH), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti-parti lain seperti Warisan dan KDM (Kadazan-Dusun Murut).

“Gabungan ini diikat dengan perjanjian dipersetujui bersama. Ini suatu realiti baharu yang menuntut kita keluar dari zon selesa politik lama,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden UMNO sempena Perhimpunan AGUNG UMNO 2025 hari ini.

Tambah Ahmad Zahid, realiti baharu ini bukan suatu yang mudah, malah beliau sedar ada antara ahli dan pemimpin UMNO merasa kekok serta skeptikal bekerjasama dengan bekas seteru politik.

“UMNO mesti memilih – hadapi cabaran ini dengan keberanian dan kejujuran atau terus lemas perlahan-lahan dalam keusangan. Kita bukan sekadar perlukan rombakan struktur, tetapi kita perlukan pembaharuan nilai dan matlamat,” katanya.

Mengulas realiti dinamika politik Melayu dan cabaran identiti, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata UMNO lahir sebagai suara Melayu – dari akar nasionalisme tulen, dari semangat mempertahankan maruah bangsa.

Politik Melayu sudah berpecah

Namun, katanya UMNO hari ini harus berani mengakui bahawa politik Melayu sedang berpecah bukan kerana perbezaan dasar, tetapi kerana keangkuhan, dendam dan kerakusan.

“Kuasa kita yang dahulunya kukuh, kini terlerai kerana pertarungan sesama sendiri. Dahulu semasa kerajaan ditunjangi UMNO, ia memperlihatkan pentadbiran negara dikuasai kaum majoriti iaitu Melayu.

“Kini apabila senario politik berubah, UMNO tidak lagi dominan atau menguasai kerajaan, muncullah suara yang menyatakan sebagai kaum majoriti, Melayu sepatutnya menguasai.

“Inilah akibatnya apabila kita diracik-racik, maka melemahlah keindukan politik Melayu. Hilanglah penguasaan kita di

dalam pentadbiran negara.

“Agama dijadikan slogan, bangsa dijadikan perisai, sentimen mengambil alih pertimbangan, rasional diganti dengan kemarahan.. dan dalam hiruk-pikuk itu, majoriti rakyat masih mendambakan pengukuhan parti Melayu untuk mentadbir dengan berkesan,” katanya.

Tambah Ahmad Zahid, fenomena ini bukan berlaku di Malaysia sahaja, namun soalan penting harus ditanya apakah UMNO belajar daripada semua ini.

“Percayalah, rakyat tidak menolak agenda Melayu-Islam. Mereka menolak hipokrasi bersandarkan Islam. Mereka menolak jika agama dan bangsa hanya dijadikan sandaran untuk menutup kelemahan.

“Oleh itu, UMNO perlu tampil sebagai suara Melayu progresif yang mempertahankan hak tanpa menindas, yang menjaga prinsip tanpa memusuhi dan yang membawa nilai bukan sekadar slogan,” katanya.

Pilihan rakyat boleh beralih arah sekelip mata

Dalam konteks mendepani realiti politik UMNO dan krisis keyakinan, Ahmad Zahid menegaskan penting untuk diakui bahawa UMNO masih relevan, namun keadaan ini belum pulih sepenuhnya.

“Lihat sahaja kemenangan kita dalam PRK DUN Nenggiri, DUN Mahkota dan DUN Ayer Kuning yang memperlihatkan UMNO masih punya asas dan sokongan di akar umbi…. namun kita akui PRN Sabah menyedarkan kita bahawa pilihan rakyat boleh beralih arah sekelip mata.

“Dalam konteks sokongan golongan muda umpamanya, data pasca PRU15 menunjukkan hanya 23 peratus pengundi berusia 18 hingga 30 tahun memilih BN.. adakah angka ini masih sama atau tanpa kita sedari semakin merosot kerana kita masih terperangkap dalam gaya politik lama.

“Di samping itu, kita berhadapan fenomena Political Athiest dalam kalangan gen Y dan gen Z. Mereka tidak lagi berpegang pada mana-mana ideologi, sebaliknya membuat pertimbangan berdasarkan sentimen dan persepsi.

“Mereka juga skeptikal terhadap semua bentuk politik. Tidak percaya kepada janji, bahkan tidak mahu terikat dengan mana-mana fahaman atau blok politik,” katanya.

BHonline-

Tags: UMNOZahid Hamidi
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

17/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Jurucakap Pulau Pinang, Datuk Mohd Noor Ahmad mahu UMNO meneliti secara mendalam usaha persempadanan semula kawasan pilihan raya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd