• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zara Qairina Menitiskan Air Mata Ketika Dipanggil Dalam Ambulans – Guru

oleh Mohd Arshad
01/12/2025
dalam Terkini
0
Zara Qairina Menitiskan Air Mata Ketika Dipanggil Dalam Ambulans – Guru
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu bahawa Zara Qairina Mahathir menitiskan air matanya sebanyak dua kali ketika namanya dipanggil dalam perjalanan ke Hospital Queen Elizabeth.

Nor Asima Zaiton, 49, yang mengajar subjek Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, berkata beliau bergegas ke asrama selepas dihubungi Ketua Warden Azhari Abd Sagap, pada hari pelajar terbabit ditemukan tidak sedarkan diri.

“Saya tidak kenal Zara Qairina secara peribadi kerana saya tidak mengajar kelasnya. Saya hanya menemaninya ke hospital. Dalam perjalanan, saya membantu paramedik membalut tangan kiri Zara Qairina. Saya kemudian memanggil namanya dan melihat titisan air mata mengalir dari matanya.

“Kakinya masih berdarah ketika berada dalam ambulans. Selepas tiba di hospital, saya menghubungi ibu Zara Qairina dan memaklumkannya bahawa kami sudah sampai. Saya berada di hospital hingga jam 1 tengah hari,” kata Nor Asima yang juga warden asrama sekolah itu.

Saksi ke-55 itu berkata demikian ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya yang juga pegawai pengendali, Mohd Fairuz Johari, pada prosiding inkues kematian Zara Qairina di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Tambah saksi, beliau juga menyerahkan baju yang dipakai Zara Qairina kepada sepupu ibunya ketika berada di hospital.

Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth di sini pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada 4 pagi 16 Julai.

Prosiding inkues bersambung esok.

-Berita Harian

Tags: AmbulansKes Zara QairinaZara Qairina
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Inkues Zara Qairina: Guru, Kakitangan SMKA TDM Padam Akaun Media Sosial Takut Diserang Netizen

Inkues Zara Qairina: Guru, Kakitangan SMKA TDM Padam Akaun Media Sosial Takut Diserang Netizen

05/12/2025
0

KOTA KINABALU: Kakitangan SMKA Tun Datu Mustapha (TDM) berasa takut untuk ke tempat awam susulan insiden membabitkan Zara Qairina Mahathir...

Saksi Dedah Tulis Kisah Persahabatan Dalam Diari Bersama Zara Qairina

Saksi Dedah Tulis Kisah Persahabatan Dalam Diari Bersama Zara Qairina

10/11/2025
0

KOTA KINABALU - Seorang saksi kanak-kanak memberitahu Mahkamah Koroner di sini bahawa dia dan Zara Qairina Mahathir sering menulis kisah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd