• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Urus Kesihatan Mental Kanak-kanak Perlu Kepakaran Profesional, Elak Beban Guru

oleh Mohd Arshad
02/12/2025
dalam Terkini
0
Urus Kesihatan Mental Kanak-kanak Perlu Kepakaran Profesional, Elak Beban Guru
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat mengesyorkan pengurusan kesihatan mental kanak-kanak memerlukan perkhidmatan dan kepakaran profesional serta pengurusan yang sistematik.

Pengerusi jawatankuasa berkenaan, Yeo Bee Yin, berkata pihaknya mengesyorkan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) menjadi agensi kebangsaan yang bertanggungjawab dalam menjaga kesihatan mental kanak-kanak di Malaysia.

Beliau berkata pengurusan kesihatan mental kanak-kanak tidak boleh lagi bergantung kepada guru kerana ia bukan tergolong skop profesionalisme golongan itu.

Tambahan pula, beliau berkata guru ketika ini sudah pun terbeban dengan tugas hakiki mereka.

“Oleh itu, jawatankuasa mengesyorkan supaya Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) menjadi agensi kebangsaan yang bertanggungjawab dalam menjaga kesihatan mental kanak-kanak di Malaysia.

“Kementerian Pendidikan (KPM) serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pula dijadikan sebagai rakan strategik,” katanya pada sesi penerangan berkaitan Penyata Jawatankuasa Berhubung Keselamatan Digital dan Kesihatan Mental Kanak-Kanak Malaysia di Dewan Rakyat hari ini.

Sehubungan itu, Bee Yin berkata pihaknya mengesyorkan supaya kerajaan memperkasakan NCEMH dengan memperbanyakkan perjawatan pakar perubatan dan pegawai psikologi.

Ia termasuk cadangan untuk meningkatkan peruntukan NCEMH dalam usaha menangani kes berkaitan kesihatan mental membabitkan kanak-kanak.

Katanya antara fungsi dan peranan yang boleh diperkasakan oleh NCEMH antaranya bekerjasama dengan KPM untuk melakukan saringan kesihatan mental secara berkala dan sistematik di sekolah.

“NCEMH disaran melatih kaunselor dan guru-guru yang berkaitan di sekolah untuk mengenalpasti kes-kes ketagihan digital dan seks, gangguan permainan internet (IGD), gangguan kebimbangan sosial (SAD) serta cabaran-cabaran kesihatan mental yang perlu menjalani intervensi awal supaya mereka boleh dirujuk kepada institusi KKM berkaitan.

“Bagi pelajar yang dirujuk kepada KKM, perlu membabitkan perkhidmatan JKM khususnya apabila membabitkan masalah rumah tangga dan lain-lain.

“Pusat itu juga disyor menjalankan analisis dan pemantauan trend kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan menyediakan pelaporan berkala. Ia termasuk menjalankan kempen kesedaran mengenai kesihatan mental secara sistematik di sekolah,” katanya.

Syor kepada KPM pula, beliau berkata jawatankuasa berkenaan mencadangkan agar dikaji semula kesesuaian bahan pendidikan karakter dan mempertimbang untuk menggantikannya dengan pembelajaran emosi sosial.

Jelasnya ia adalah syor seperti dicadangkan oleh ahli akademik yang menjalankan kajian psikososial kanak-kanak dan pihak Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF)

Pada masa sama, beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga disyor menggandakan peruntukan kewangan dengan segera bagi meningkatkan kapasiti pasukan pemantauan laman web termasuk penggunaan teknologi terkini dan meningkatkan kepakaran sumber manusia yang sewajarnya.

“MCMC juga perlu menyalur dana CSR (tanggungjawab sosial korporat) kepada NCEMH untuk mencegah dan mengurus masalah kes ketagihan digital akibat penggunaan internet berlebihan.

“Memandangkan pembabitan ibu bapa amat kritikal dalam memastikan keselamatan digital terhadap kanak-kanak, jawatankuasa mencadangkan supaya MCMC menjalankan kempen kesedaran keselamatan digital secara besar-besaran, khususnya bekerjasama dengan KPM untuk menjalankan program literasi digital.

“Ia perlu berstruktur khusus untuk ibu bapa dan memastikan setiap sekolah melaksanakan sesi praktikal penetapan ‘parental control’ yang mana ibu bapa dibimbing secara langsung untuk mengaktifkan kawalan keselamatan pada peranti anak masing-masing,” katanya.

BHonline-

Tags: Gurukanak-kanakKesihatan Mental
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 55.7 peratus kanak-kanak di negara ini menggunakan internet selama satu hingga empat jam sehari tahun lalu. Pengerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd