• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Treler Rempuh Pondok Tol Kota Kemuning

oleh Mohd Arshad
11/12/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Treler Rempuh Pondok Tol Kota Kemuning
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM, 11 Dis – Seorang penjaga tol berdepan saat mencemaskan apabila sebuah treler merempuh pondok tol di Plaza Tol Kota Kemuning, Lebuhraya Shah Alam, malam tadi, sekali gus turut melibatkan dua buah kereta di laluan sama.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, panggilan kecemasan diterima pada 9.17 malam, sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam bergegas ke lokasi yang berada kira-kira 11 kilometer dari balai.

“Sebaik tiba pada jam 9.28 malam, pemeriksaan mendapati kemalangan membabitkan sebuah treler yang hilang kawalan dan merempuh pondok tol sebelum melanggar dua kereta, masing-masing Perodua Bezza dan Proton Wira,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, tujuh individu termasuk penjaga tol berada di kawasan kejadian ketika insiden berlaku.

“Semua mangsa didapati tidak mengalami kecederaan serius dan berada dalam keadaan selamat,” tambahnya.

Punca kemalangan masih dalam siasatan, manakala kerja pembersihan dijalankan bagi memastikan laluan kembali selamat untuk pengguna lebuh raya.

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2025/12/VID_20251211_100002_228.mp4
Tags: kemalangantreler
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

23/03/2026
0

Istanbul: Sebuah pesawat Air Canada berlanggar dengan sebuah trak bomba di landasan Lapangan Terbang LaGuardia, New York pada lewat malam...

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

18/03/2026
0

SUBANG JAYA, 17 Mac 2026 – Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas terjatuh dari jentera pengangkat jenis ‘skylift’...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd