• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

oleh Mohd Arshad
19/12/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah rumah di Batu Muda, di sini, Selasa lalu sehingga menyebabkan lebam di mata kiri.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata tindakan itu dipercayai berlaku selepas tangisan kerap mangsa didakwa mengganggu suspek yang ketika itu sedang berehat di rumah berkenaan.

Menurutnya, suspek berusia 18 tahun yang juga anak kepada pengasuh kanak-kanak itu ditahan semalam dan direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

“Kanak-kanak itu kini berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di wad kanak-kanak Hospital Kuala Lumpur.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi melengkapkan kertas siasatan kes ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Fadil sebelum ini dilaporkan berkata, kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu disedari selepas ibu mangsa datang ke rumah pengasuh berkenaan untuk mengambil anaknya sebelum mendapati mata kiri kanak-kanak itu cedera dan lebam.

Beliau berkata, ibu bapa mangsa kemudian membawa kanak-kanak itu ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang bagi tindakan lanjut.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati suspek dipercayai bertindak memukul mangsa ketika berada di rumah pengasuh berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

BHonline-

Tags: kanak-kanaktangisan
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 55.7 peratus kanak-kanak di negara ini menggunakan internet selama satu hingga empat jam sehari tahun lalu. Pengerusi...

Urus Kesihatan Mental Kanak-kanak Perlu Kepakaran Profesional, Elak Beban Guru

Urus Kesihatan Mental Kanak-kanak Perlu Kepakaran Profesional, Elak Beban Guru

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat mengesyorkan pengurusan kesihatan mental kanak-kanak memerlukan perkhidmatan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd