Seremban: Suspek utama kes penemuan mayat wanita di dalam beg yang ditanam dekat Pedas, Rembau, Khamis lalu, direman tujuh hari.
Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Muhammad Idzam Jaafar berkata, lelaki itu direman bermula hari ini sehingga 26 Disember bagi membantu siasatan.
Katanya, lelaki berkenaan ditahan di kawasan Genting Sempah, kurang 24 jam selepas penahanan suspek pertama di Melaka, semalam.
Permohonan reman dibuat di hadapan Majistret Nurul Farha Sulaiman Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, dan anakala suspek diwakili peguam, Sean Dudley.
-Harian Metro


