• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Kes Mayat Wanita Dalam Beg Direman 7 Hari

oleh Mohd Arshad
19/12/2025
dalam Terkini
0
Suspek Kes Mayat Wanita Dalam Beg Direman 7 Hari
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki mempunyai kaitan dengan penemuan mayat wanita di dalam beg yang ditanam di sebuah rumah dekat Kampung Batu 4, Pedas, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Idzam Jaafar, berkata suspek berusia 41 tahun ditahan jam 2.30 petang semalam di Melaka.

“Susulan penemuan mayat wanita di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni dekat Pedas, semalam, pihak kami menggerakkan pasukan untuk mengesan suspek.

“Hasil risikan dan siasatan yang dijalankan, kami berjaya mengesan suspek di satu lokasi di Melaka sebelum menahannya kurang 12 jam daripada penemuan mayat berkenaan,” katanya hari ini.

Beliau berkata suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Tampin, Tampin, pagi tadi untuk permohonan reman.

“Majistret membenarkan suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 25 Disember depan bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Katanya, bedah siasat sedang sejak pagi tadi di Bahagian Perubatan Forensik Hospital Rembau bagi mengenal pasti identiti mangsa dan punca kematian.

“Buat masa ini pihak kami menunggu laporan bedah siasat dan pengecaman daripada ahli keluarga sebelum menjalankan siasatan lanjut mengenai kaitan suspek dengan mangsa.

“Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Siasatan lanjut sedang dilakukan,” katanya.

Sementara itu BERNAMA melaporkan suspek berkemungkinan mengenali mangsa dan setakat ini polis belum mempunyai maklumat sama ada dia terbabit secara langsung atau tidak dalam kes itu.

Lelaki itu juga, kata Muhammad Idzam memiliki enam rekod jenayah lampau termasuk dadah dan polis percaya terdapat beberapa individu lain yang turut terbabit dalam kes berkenaan.

Media semalam melaporkan, polis mengesahkan mayat yang ditemui di luar kawasan sebuah rumah itu adalah seorang wanita yang disyaki berkait dengan laporan orang hilang di Ampang, Selangor.

Kelmarin, dilaporkan polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak 8 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Khairul Anuar Khalid dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan Suri Narudin, 53, daripada ibu saudaranya.

Terdahulu, tular rakaman video penyanyi Mac Ruhayu memohon bantuan orang ramai bagi mengesan rakannya yang dilaporkan hilang dan gagal dihubungi itu.

BHonline-

Tags: kes mayat wanitareman
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

SPRM Reman Semula Pendakwah, Ketua Jabatan Kewangan Disyaki Seleweng Dana RM1.3 Juta

SPRM Reman Semula Pendakwah, Ketua Jabatan Kewangan Disyaki Seleweng Dana RM1.3 Juta

06/02/2026
0

ALOR SETAR: Seorang pendakwah bebas sekali lagi direman bersama seorang Ketua Jabatan Kewangan dan Perakaunan sebuah institusi pusat pendidikan dan...

33 Penyokong Selangor FC Direman Disyaki Ganggu Ketenteraman Awam

33 Penyokong Selangor FC Direman Disyaki Ganggu Ketenteraman Awam

02/02/2026
0

KUALA TERENGGANU – Seramai 33 penyokong Selangor FC dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Isnin bagi proses permohonan reman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd