• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, December 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Panggil Tiga Individu Bantu Siasatan Perolehan Projek Tentera

oleh Mohd Arshad
25/12/2025
dalam Terkini
0
SPRM Panggil Tiga Individu Bantu Siasatan Perolehan Projek Tentera
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil tiga individu bagi merakamkan keterangan berhubung siasatan perolehan projek tentera.

Menurut sumber, ketiga-tiga individu itu dipanggil semalam, manakala SPRM turut mempergiatkan siasatan yang bermula pada 23 Disember lalu dengan meneliti beberapa akaun yang disyaki mempunyai kaitan dengan amalan rasuah dalam perolehan projek.

“Semalam, SPRM memanggil tiga individu untuk merakamkan keterangan dan siasatan awal mendapati bahawa dari 2023 hingga 2025, terdapat 158 projek perolehan tentera bernilai lebih RM500,000, manakala sebanyak 4,521 projek lagi bernilai di bawah RM500,000.

“Pemeriksaan awal ke atas semua projek ini mendapati beberapa syarikat kerap memperoleh projek bernilai tinggi, yang dilihat agak meragukan.

“Bagaimanapun, semakan terperinci terhadap pemprofilan syarikat-syarikat yang dianugerahkan kontrak berkenaan masih belum dijalankan,” kata sumber itu.

Semalam, SPRM turut menerima satu aduan dan merakamkan keterangan Ketua BERSATU Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, berkaitan maklumat yang diperolehnya.

Aktivis itu hadir di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada tengah hari bagi menyalurkan maklumat berkenaan.

Beliau mendakwa terdapat ‘aliran tunai besar’ dikesan dalam akaun bank seorang pegawai dan ahli keluarganya, yang disyaki berpunca daripada syarikat-syarikat yang memperoleh projek ketenteraan.

Chegubard dengan merujuk kepada audit forensik dokumen yang diterimanya secara tanpa nama, mendakwa pegawai berkenaan menerima wang antara RM50,000 hingga RM60,000 setiap bulan ke dalam akaun banknya.

Dokumen berkenaan, menurutnya, turut menunjukkan pemindahan wang dalam jumlah lebih besar, mencecah ratusan ribu ringgit, ke dalam akaun yang dikaitkan dengan pegawai tersebut.

Beliau juga mendakwa dana itu dipindahkan daripada akaun syarikat-syarikat yang telah memperoleh projek ketenteraan.

Susulan dakwaan itu, SPRM pada Selasa mengunjungi ibu pejabat Kementerian Pertahanan bagi memulakan siasatan awal terhadap beberapa projek tentera bermula tahun 2023.

Sumber berkata, siasatan tertumpu kepada projek yang dianugerahkan melalui kaedah tender terbuka serta perolehan yang dilaksanakan di bawah pusat tanggungjawab tentera.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Beliau menegaskan semua siasatan dijalankan secara bebas dan profesional, berasaskan fakta serta bukti, selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

-Berita Harian

Tags: Siasatan Perolehan Projek TenteraSPRM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bekas Setiausaha Politik Lapor SPRM, Artikel Penghargaan Kepada Dr Zaliha Disalah Tafsir

Bekas Setiausaha Politik Lapor SPRM, Artikel Penghargaan Kepada Dr Zaliha Disalah Tafsir

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi...

Rafizi Tak Suka Saya – Azam Baki

Rafizi Tak Suka Saya – Azam Baki

10/12/2025
0

Azam Baki Beri Bayangan Kontrak Tidak Disambung, Sedia Tinggalkan Jawatan Ketua SPRM PUNCAK ALAM, 10 Dis – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd