• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sajat Kongsi Gambar Di Hospital, Luah Rasa Sunyi Ketika Sakit

oleh Mohd Arshad
08/12/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Sajat Kongsi Gambar Di Hospital, Luah Rasa Sunyi Ketika Sakit
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Usahawan selebriti, Nur Sajat Kamaruzzaman mencetuskan perhatian ramai apabila berkongsi status menyayat hati dari sebuah hospital, sekali gus mengesahkan dirinya kini sedang menerima rawatan.

 

Dalam hantaran di Instagram, Sajat memuat naik gambarnya yang terbaring dengan beberapa wayar dan pad elektrod perubatan pada badan, sambil meluahkan kesunyian serta beratnya melalui fasa jatuh sakit jauh dari keluarga.

 

“Bila jatuh sakit macam ni… baru rasa betapa sunyinya hidup ni. Jauh dari keluarga, tak ada tangan yang memeluk, tak ada suara yang menenangkan, hanya mesin, wayar dan diri sendiri,” tulisnya.

 

Menurut Sajat, walaupun ada yang mendoakannya, masih wujud segelintir pihak yang terus mengutuk dirinya walaupun dia sedang terlantar di hospital.

 

“Saya bukan minta simpati. Cuma minta satu doa… supaya tak ada perkara buruk berlaku. Kadang-kadang rasa macam lebih ramai yang tunggu kita jatuh… daripada tunggu kita sembuh,” katanya.

Sebelum ini, tiada laporan rasmi mengesahkan keadaan kesihatannya, namun perkongsian terbaharu itu menunjukkan beliau kini benar-benar berada dalam pemantauan perubatan. Bagaimanapun, punca atau jenis penyakit yang dialami Sajat tidak dinyatakan.

 

Hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi netizen, dengan majoriti mendoakan kesihatannya kembali pulih serta memintanya terus kuat berdepan dugaan.

 

Setakat ini, tiada kenyataan lanjut dikeluarkan oleh pihak pengurusan atau ahli keluarga Sajat mengenai keadaan sebenar beliau.

— Mynewshub

Tags: sajat
Share206Tweet129SendShare

Related Posts

Sajat Dikehendaki Hadir Mahkamah 22 Februari

08/02/2022
0

Ampang : Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat masih dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes...

Harta Sajat Disita

30/11/2021
0

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membenarkan harta usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, disita susulan kegagalan membayar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd