• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

oleh Mohd Arshad
16/12/2025
dalam Terkini
0
Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Malaysia komited mengharamkan sepenuhnya penggunaan vape dengan Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan ia dapat dimuktamadkan menjelang tahun depan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata keputusan pengharaman vape bukan lagi persoalan sama ada ia akan dilaksanakan atau tidak, sebaliknya hanya menunggu masa sesuai.

“Kita sebenarnya sudah sedia dan saya pernah kata istilah sekarang ini bukan ‘jika’ kita haramkan vape, tetapi ‘bila’ kita akan haramkannya.

“Ini bermakna, kita sudah menetapkan keputusan untuk pengharaman vape, mungkin pertengahan 2026 atau paling lewat hujung 2026,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja rasmi di Hospital Permai di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), Dr Mohtar Pungut @ Ahmad.

Dzulkefly berkata, meskipun kementerian terlepas membentangkan perkara itu dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini, namun beliau yakin ia akan dibawa semula untuk pertimbangan awal tahun depan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, antara faktor utama mendorong keputusan itu adalah kebimbangan terhadap penggunaan cecair vape yang dicampur bahan terlarang dan bahan sintetik yang didapati berkait dengan kes psikosis akibat dadah serta masalah kesihatan mental yang serius.

“Kita dengar terlalu banyak kebejatan mengenai vape dan penggunaannya. Saya baru dengar tadi ada pesakit di sini (Hospital Permai) yang dirujuk kerana mengalami psikosis akibat penggunaan bahan seperti kanabis sintetik dan bahan terlarang lain, sebahagiannya diambil melalui vape,” katanya.

-Berita Harian

Tags: KKMPengharaman Penuhvape
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd