• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu E-hailing Cedera Di Muka, Dipukul Dengan Pengunci Stereng

oleh Mohd Arshad
28/12/2025
dalam Terkini
0
Pemandu E-hailing Cedera Di Muka, Dipukul Dengan Pengunci Stereng
Share on FacebookShare on Twitter

Johor Bahru: Seorang lelaki cedera di muka selepas dipukul menggunakan alat pengunci stereng dalam kejadian dipercayai berpunca akibat salah faham ketika memandu di Jalan Lingkaran Dalam, di sini, berhampiran simpang keluar sebuah stesen minyak.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian dipercayai berlaku jam 2.21 petang semalam.

Katanya, polis menerima laporan daripada lelaki tempatan berusia 38 tahun yang bekerja sebagai pemandu e-hailing, berhubung kejadian itu.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila mangsa dipercayai keluar dari stesen minyak secara melulu, sehingga menyebabkan suspek yang memandu di laluan sama terpaksa membrek secara mengejut.

“Suspek yang tidak berpuas hati kemudian keluar dari kenderaannya sebelum bertindak memukul muka mangsa menggunakan alat pengunci stereng,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, akibat serangan itu mangsa mengalami kecederaan di muka sebelah kiri dan mendapatkan rawatan lanjut.

Bertindak atas maklumat, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun bagi membantu siasatan, selain merampas alat pengunci stereng yang dipercayai digunakan dalam kejadian berkenaan.

“Ujian saringan air kencing ke atas suspek yang juga penganggur mendapati keputusan negatif dadah dan semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.

Permohonan reman ke atas suspek dijangka dilakukan di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini.

Terdahulu, tular video berdurasi tujuh saat memaparkan seorang individu mengambil alat pengunci kereta dari bonet dan memukul kereta dipercayai milik mangsa.

-Harian Metro

Tags: cederae-hailingPemandu E-hailing
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

‘Anggota Payung Terjun Alami Retakan Halus Tulang Leher, Bukan Patah Tulang Rusuk’ – TDM

‘Anggota Payung Terjun Alami Retakan Halus Tulang Leher, Bukan Patah Tulang Rusuk’ – TDM

01/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Anggota tentera yang cedera ketika latihan persembahan payung terjun di Melaka mengalami retakan hals pada tulang leher dan...

Wanita Warga Emas Pemandu E-hailing Parah Dikelar, Ditinggalkan Di Kawasan Parkir

Wanita Warga Emas Pemandu E-hailing Parah Dikelar, Ditinggalkan Di Kawasan Parkir

23/12/2025
0

SEPANG: Seorang wanita warga emas yang juga pemandu e-hailing, parah di leher dan lengan kiri akibat dikelar dengan senjata tajam,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd