Satu insiden pertikaman lidah dilaporkan berlaku antara pekerja pemotongan pokok dengan Exco negeri merangkap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo, yang turun ke lokasi selepas menerima aduan orang ramai.
Menurut saksi, Jagdeep yang berang dengan keadaan tidak terurus mempertikaikan tindakan kontraktor menjalankan kerja berskala besar tanpa sebarang persediaan keselamatan dan pelan pengurusan trafik yang betul.
Bagaimanapun, seorang pekerja kontraktor didakwa membalas dengan nada tinggi, menyatakan mereka hanya “mengikut arahan syarikat” dan menafikan berlaku kecuaian di pihak mereka.
Pertikaman lidah itu berlanjutan beberapa minit sebelum pegawai lain meleraikan keadaan.
Sumber video: veinusdailynews


