• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operator Kilang Maut Dalam Kemalangan Langgar Lari Di Lebuhraya PLUS

oleh Mohd Arshad
13/12/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Operator Kilang Maut Dalam Kemalangan Langgar Lari Di Lebuhraya PLUS
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM, 13 Disember — Seorang operator kilang berusia 26 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya dipercayai bergesel dengan sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 431.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, dari Bukit Beruntung ke Sungai Buaya, Hulu Selangor, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 9.50 malam.

Menurut beliau, mangsa menunggang motosikal dari Plaza Tol Bukit Beruntung menghala ke selatan sebelum dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan di laluan kiri.

“Ketika memotong, motosikal mangsa dipercayai bergesel dengan tayar belakang sebuah lori menyebabkan mangsa terjatuh dan tercampak ke tengah jalan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Mayatnya kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu bagi proses bedah siasat.

Lori Dipercayai Tinggalkan Lokasi

Pihak polis memaklumkan bahawa lori yang terlibat dipercayai meninggalkan lokasi kejadian dan sedang giat dikesan di daerah berhampiran bagi membantu siasatan.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu menyebabkan kematian akibat kemalangan jalan raya.

Rayuan Keluarga Mangsa

Dalam perkembangan berkaitan, ahli keluarga mangsa merayu orang awam yang berada di kawasan Bukit Beruntung dan laluan Lebuhraya PLUS arah selatan pada waktu kejadian supaya tampil membantu siasatan.

Mereka memohon sesiapa yang mempunyai rakaman dashcam atau CCTV, atau menyaksikan kejadian antara jam 9.00 hingga 10.30 malam pada 12 Disember 2025, agar menghubungi pihak keluarga atau polis.

Maklumat boleh disalurkan kepada:

Syahidah: 019-896 6805

Azawiyah: 012-387 6465

“Setiap rakaman atau maklumat amat bermakna untuk membantu menjejak pihak yang bertanggungjawab,” menurut kenyataan keluarga mangsa.

Tags: kemalangan
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

23/03/2026
0

Istanbul: Sebuah pesawat Air Canada berlanggar dengan sebuah trak bomba di landasan Lapangan Terbang LaGuardia, New York pada lewat malam...

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

18/03/2026
0

SUBANG JAYA, 17 Mac 2026 – Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas terjatuh dari jentera pengangkat jenis ‘skylift’...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd