• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

oleh Mohd Arshad
15/12/2025
dalam Terkini
0
Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN yang dijadual esok, ditangguhkan bagi memastikan semua perkara disusun secara teratur, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, walaupun mesyuarat khas bagi mengukuhkan peranan kolektif ASEAN dalam memelihara keamanan serantau ditangguhkan, namun Malaysia masih menyelaras dan memantau keadaan.

“Mesyuarat Khas Menteri Luar yang dijadualkan esok ditangguhkan sedikit, bagi kami memastikan segala perkara dapat disusun dengan baik.

“Namun kita terus merayu kepada mereka supaya menghentikan pertempuran. Perkara ini amat kritikal,” katanya selepas pelancaran buku ‘Remembering Uncle Idris: Renewing the Spirit of Civic Activism’ di sini, hari ini.

Turut hadir, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul; Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; Pengerusi Institut Antarabangsa Kajian Lanjutan Islam (IAIS), Prof Dr Maszlee Malik; dan adik Allahyarham SM Mohamed Idris, Mohideen Abdul Kadir.

Anwar berkata, beliau sentiasa berhubung dengan rakan sejawatnya dari Thailand, Anutin Charnvirakul dan Hun Manet dari Kemboja.

“Saya berhubung dengan mereka secara maya hampir setiap hari,” katanya.

Ketika mengulas arahan sekatan di Teluk Thailand bagi menghalang penghantaran bahan api dan bekalan ketenteraan ke Kemboja, Anwar berkata, perkara itu masih dirunding.

“Kita masih berunding untuk meredakan keadaan,” katanya.

Bangkok menafikan dakwaan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, bahawa gencatan senjata sudah dipersetujui dengan Kemboja untuk menghentikan pertempuran semula itu yang memasuki minggu kedua.

Pemimpin Thailand menegaskan tiada sebarang perjanjian gencatan senjata dicapai dan kedua-dua kerajaan memaklumkan pertempuran masih berterusan semalam.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Thailand, Surasant Kongsiri, berkata Kemboja menembak dan mengebom beberapa wilayah sempadan pada waktu malam.

Sementara itu, Jurucakap Kementerian Pertahanan Kemboja, Maly Socheata, berkata Thailand terus menembak mortar dan bom ke kawasan sempadan sejak tengah malam.

Thailand dan Kemboja mempertikaikan sebahagian sempadan darat sepanjang 817 kilometer itu selama lebih seabad, yang mana perebutan ke atas kuil purba kadang kala mencetuskan pertempuran bersenjata, termasuk insiden berbalas tembakan artileri selama seminggu yang meragut banyak nyawa pada 2011.

Ketegangan kembali memuncak pada Mei lalu selepas seorang tentera Kemboja terbunuh dalam satu pertempuran kecil, mencetuskan peningkatan ketara kehadiran tentera dan pertempuran baharu yang menjejaskan hubungan diplomatik kedua-dua negara.

BHonline-

Tags: ASEANKembojaMesyuarat Khas Menteri LuarThailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

18/01/2026
0

KOTA BHARU: Polis Kelantan termasuk cawangan khas kini giat memburu beberapa suspek pengeboman 11 stesen minyak di Selatan Thailand yang...

Kereta Api Thailand Dihempap Kren, Tiada Rakyat Malaysia Terbabit

Kereta Api Thailand Dihempap Kren, Tiada Rakyat Malaysia Terbabit

14/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden maut di timur laut Thailand, hari ini apabila sebuah kren pembinaan tumbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd