• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Harap Thailand-Kemboja Patuhi Gencatan Senjata

oleh Mohd Arshad
11/12/2025
dalam Terkini
0
Malaysia Harap Thailand-Kemboja Patuhi Gencatan Senjata
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Malaysia berharap Thailand dan Kemboja mematuhi gencatan senjata dan melaksanakan sepenuhnya Perjanjian Damai Kuala Lumpur demi menjamin keselamatan rakyat ekoran konflik sempadan kedua-dua negara yang kembali tercetus.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kebimbangan Malaysia mengenai keselamatan seratau disampaikan pada pertemuan rasminya dengan Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul semasa Mesyuarat ke-14 Menteri-Menteri Asean Mengenai Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan di Bangkok pada Khamis.

“Malaysia amat prihatin terhadap situasi yang sedang berlaku dan berharap segala usaha penyelesaian dapat dilakukan demi keselamatan orang awam serta kestabilan wilayah.

“Selaras dengan pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya menyatakan bahawa semua pihak mesti mengutamakan keselamatan rakyat serta kembali kepada saluran diplomasi dan pematuhan undang-undang antarabangsa bagi meredakan keadaan yang semakin membimbangkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Media pada Rabu melaporkan lebih 500,000 orang telah melarikan diri dari rumah ke kawasan selamat di Thailand dan Kemboja sejak tercetusnya semula konflik sempadan, kata kedua-dua kerajaan negara itu.

Kedua-dua pihak saling menyalahkan antara satu sama lain atas tercetusnya pertempuran semula pada Selasa lalu yang merebak ke lima wilayah di Thailand dan Kemboja, menurut kiraan rasmi AFP.

Kemboja juga dilapor menarik diri sepenuhnya daripada Sukan SEA 2025 ekoran konflik sempadan dengan tuan rumah Thailand itu kembali memuncak.

Sementara itu, Ahmad Zahid menegaskan, dalam pertemuan tersebut, beliau dan Anutin turut menekankan komitmen bersama untuk memperkukuh kerjasama Malaysia–Thailand dalam kesiapsiagaan dan tindak balas bencana rentas sempadan.

Menurutnya, selaras dengan persetujuan pertengahan tahun ini, kedua-dua negara akan meningkatkan perkongsian data meteorologi, sistem amaran awal, koordinasi antara agensi serta latihan bersama dalam menghadapi risiko banjir, ribut dan bencana lain yang semakin mencabar akibat perubahan iklim.

“Dalam pertemuan ini juga, Malaysia dan Thailand juga membincangkan potensi perluasan kerjasama dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), khususnya latihan kemahiran dalam sektor pembuatan, pertanian, teknologi digital serta program mobiliti pelajar dan pensyarah.

“Kerjasama TVET ini mampu meningkatkan peluang pekerjaan, memantapkan pembangunan modal insan dan menyokong pertumbuhan ekonomi di kedua-dua negara,” jelas beliau.

Selain itu, Ahmad Zahid memaklumkan, kedua-dua negara turut bersetuju untuk memperkukuh kerjasama industri halal termasuk pembangunan rantaian nilai halal pelaburan dalam produk halal dan peluang eksport bersama.

Tambah beliau, Malaysia menyambut baik minat Thailand untuk meneroka potensi halal secara lebih menyeluruh, memandangkan permintaan global yang semakin meningkat.

“Malaysia kekal komited untuk mengambil langkah tegas, menyeluruh dan bersepadu dalam menangani isu-isu yang terkait demi memastikan keselamatan, kestabilan dan kesejahteraan serantau terus terpelihara.

“Malaysia menghargai hubungan erat dengan Thailand dan akan terus memperkukuh kerjasama demi sempadan yang lebih terjamin serta masa depan ASEAN yang lebih stabil dan berdaya tahan,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: gencatan senjataMalaysiaThailand-Kemboja
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia mengecam keras serangan oleh rejim Israel di Gaza yang mengakibatkan kematian orang awam yang tidak berdosa,...

Malaysia Kecam Israel Larang Operasi Organisasi Bantuan Kemanusiaan Di Gaza

Malaysia Kecam Israel Larang Operasi Organisasi Bantuan Kemanusiaan Di Gaza

01/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya keputusan rejim Zionis Israel untuk melarang dan menggantung operasi sebilangan besar organisasi bantuan kemanusiaan antarabangsa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd