• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LHDN Terima 820.5 Juta E-Invois Sejak Dilaksana Ogos 2024

oleh Mohd Arshad
22/12/2025
dalam Terkini
0
LHDN Terima 820.5 Juta E-Invois Sejak Dilaksana Ogos 2024
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima 820.5 juta e-Invois sejak ia mula dilaksanakan pada 1 Ogos 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin, berkata ia membabitkan penyertaan 111,600 pembayar cukai dari fasa satu hingga ketiga yang perlu melaksanakannya secara mandatori, serta pembayar cukai fasa keempat secara sukarela.

Katanya, statistik itu menunjukkan bahawa pelaksanaan e-Invois secara umumnya diterima dengan sangat baik dalam kalangan perniagaan di Malaysia.

“Malah, tahap pematuhan pelaksanaan secara mandatori juga mencatatkan peratusan yang amat memberangsangkan.

“Di pihak LHDN, kami amat komited dalam memberikan bantuan dan khidmat nasihat kepada semua pembayar cukai yang terbabit untuk memastikan kefahaman dan kesedaran tentang kepentingan dan manfaat pelaksanaan e-Invois bagi perniagaan atau organisasi setiap pembayar cukai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Sesi Libat Urus LHDN Bersama Dengan Persatuan Perdagangan di Dewan Bangsawan di Menara LHDN di sini, hari ini.

Seramai 46 wakil mewakili 21 dewan perniagaan dan persatuan perdagangan dari Lembah Klang menyertai sesi yang julung kali diadakan itu.

Berkenaan pematuhan, beliau berkata, menerusi fasa satu dan dua pematuhan melebihi 90 peratus, manakala fasa tiga kini sudah mencecah 80 peratus.

Untuk fasa empat pula, beliau berkata pelaksanaan e-Invois tidak terlalu fokus khusus kepada jumlah hasil yang akan diterima, tetapi lebih kepada untuk peniaga mempunyai satu rekod yang baik.

“Dengan adanya rekod yang baik ini, tentunya peniaga juga akan meningkatkan pematuhan secara tidak langsung.

“Jadi kesan tidak langsung itu akan kita lihat nanti bila semua pembayar cukai mula melaksanakan e-Invois dan mempunyai rekod yang lengkap apabila mereka ingin membuat pelaporan cukai di hujung tahun.

“Oleh itu jangkaan kita tentulah dengan ada rekod yang baik ini, kutipan cukai negara juga akan meningkat,” katanya.

Berkenaan cabaran dihadapi pemain industri dalam pelaksanaan e-Invois, Abu Tariq berkata antara cabaran yang dihadapi oleh mereka adalah mendapatkan lebih masa lagi pelaksanaan.

Bagaimanapun katanya, LHDN sudah memberikan beberapa kelonggaran termasuk tempoh masa selepas pelaksanaan pada 1 Januari nanti.

“Terdapat enam bulan lagi kelonggaran yang kita berikan di mana mereka boleh mengemukakan satu e-Invois consolidated (disatukan) yang mereka boleh kemukakan pada hujung bulan.

“Selain itu juga tidak ada tindakan penguatkuasaan untuk tempoh enam bulan tersebut.

“Jadi ruang ini memberi masa yang lebih juga kepada semua pembayar cukai dalam kumpulan ini untuk mula menghantar sekurang-kurangnya satu invois setiap bulan dan berharap mereka akan ambil peluang ini bersedia untuk sama-sama turut serta dalam program e-Invois ini,” katanya.

Ditanya cabaran lain dalam pelaksanaan e-Invois, Abu Tariq berkata, banyak e-Invois tidak dapat dilaksanakan atau ditolak kerana data tidak tepat dan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) tidak betul.

Oleh itu katanya, penting untuk memastikan data tepat dengan mengakses kepada sistem yang LHDN sediakan kerana ia adalah satu keperluan yang penting.

“Kalau tidak ada data tersebut, e-Invois boleh ditolak di peringkat awal ini sehingga ada data TIN yang betul barulah invois yang dikemukakan akan diterima,” katanya.

Sementara itu berkenaan sesi libat urus yang diadakan, Abu Tariq berkata, sesi yang diadakan hari ini adalah kesinambungan komitmen LHDN untuk terus mendekati dan mendengar suara daripada pemain industri mengenai pelaksanaan e-Invois di Malaysia.

Katanya, penganjuran sesi libat urus seumpama itu terbukti banyak membantu pihak LHDN dalam mencorakkan tindakan dan strategi pendekatan yang lebih efektif, efisien dan responsif terhadap keperluan semasa dalam kalangan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) bagi mematuhi pelaksanaan e-Invois.

-Berita Harian

Tags: E-invoisLHDN
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Waris Si Mati Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

Waris Si Mati Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Persoalan hukum sama ada waris individu yang sudah meninggal perlu membayar tunggakan cukai pendapatan ditinggalkan si mati terjawab...

Cukai Membina Malaysia – Apa Yang Perlu Anda Lakukan Hari Ini?

Cukai Membina Malaysia – Apa Yang Perlu Anda Lakukan Hari Ini?

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Dalam usaha membina negara yang inklusif dan sejahtera, sistem percukaian Malaysia kekal sebagai tiang seri pengagihan kekayaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd