• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Langgar Guru Ketika Berjoging, Pemandu Pikap Didenda RM11,000

oleh Mohd Arshad
17/12/2025
dalam Terkini
0
Langgar Guru Ketika Berjoging, Pemandu Pikap Didenda RM11,000
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU: Seorang pemandu pikap didenda keseluruhan RM11,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas lima pertuduhan, termasuk melanggar seorang guru lelaki ketika sedang berjoging sehingga menyebabkan kecederaan, Jun lalu.

Mohd Hikmal Bolong, 29, membuat pengakuan itu sejurus semua pertuduhan termasuk pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Don Stiwin Malanjum.

Bagi pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 43(1) itu, tertuduh dijatuhi hukuman denda RM8,000 atas kesalahan memandu secara cuai dan tanpa kecermatan sehingga menyebabkan kemalangan ke atas guru lelaki berusia 33 tahun yang sedang berjoging di bahu jalan di Batu 3 Jalan Apas, kira-kira jam 3.55 pagi, 7 Jun lalu.

Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan serius termasuk kecederaan otak traumatik ringan dengan pendarahan dalam tengkorak, luka koyakan di belakang kepala, kecederaan hati, patah tulang rusuk selain luka teruk pada kaki kanan.

Sementara itu, bagi empat pertuduhan lain, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM1,000 masing-masing bagi kesalahan mengikut Seksyen 52(1) dan Seksyen 52(2), manakala denda RM500 masing-masing dikenakan bagi kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 90(1) akta yang sama.

Tertuduh bagaimanapun menjelaskan keseluruhan denda berkenaan.

Prosiding dikendalikan Pegawai Pendakwa Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Polis Trafik BSPT Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau Asisten Superintendan Joan Lee, manakala tertuduh diwakili peguam Syahlan Jufri.

Pada 9 Jun lalu, media melaporkan mangsa bersama kira-kira 20 rakan sedang berjoging bermula dari sebuah restoran makanan segera menuju ke Bandar Seri Indah sebelum dirempuh sebuah pikap dari arah belakang dan tercampak ke dalam parit konkrit di bahu jalan.

Rakaman menerusi camera litar tertutup (CCTV) dari sebuah premis berhampiran lokasi kejadian itu kemudiannya tular di media sosial sebelum suspek tambil menyerahkan diri di balai polis pada keesokan harinya.

BHonline-

Tags: langgar gurupemandu pikap
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd