• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan AGC Tarik Balik Rayuan Kes Rosmah Dibuat Ikut Lunas Undang-undang – PM Anwar

oleh Mohd Arshad
12/12/2025
dalam Terkini
0
Keputusan AGC Tarik Balik Rayuan Kes Rosmah Dibuat Ikut Lunas Undang-undang – PM Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI: Keputusan pihak pendakwaan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor daripada 12 tuduhan pengubahan wang haram, dilakukan mengikut lunas undang-undang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata tindakan itu dibuat selepas Peguam Negara mendapati tiada keperluan rayuan dibuat berikutan asas kepada kes adalah lemah.

“Saya nak jelaskan, kes mahkamah ini bukan kerana dia itu penyokong kita atau seteru kita, tetapi ikut lunas jalur hukum. Bila didakwa? 2018. Apakah proses berjalan? Ya. Apa kata hakim? Lemah sangat kes itu.

“Tanya siapa Peguam Negara 2018? Siapa Perdana Menteri? Kes itu terlalu lemah dan predikat alasan itu sangat tidak berasas.

“Kalau hakim berkata begitu dan Peguam Negara teliti semula, dia ambil keputusan tidak merayu,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Nur Al-Hidayah, Kampung Kelibang, di sini, hari ini.

Anwar berkata, keputusan pendakwaan itu tidak menjejaskan perjalanan kes lain membabitkan Rosmah dan ia masih berjalan.

“Apakah ini mematikan kes lain? Kes lain berjalan seperti biasa. Tetapi ada yang ingin saya ingatkan kepada rakan-rakan, baik pembangkang atau kerajaan ataupun

badan kerajaan atau badan guaman.

“Harus diingat prinsip keluhuran Perlembagaan, kedaulatan undang-undang mesti dipelihara. Jangan kerana kita tidak senang dengan satu dua kelompok, maka kita putuskan ikut selera politik masing-masing,” katanya.

Selasa lalu, pendakwaan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Rosmah daripada 12 tuduhan pengubahan wang haram lebih RM7 juta dan lima kes gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Berdasarkan Notis Penarikan Balik Rayuan bertarikh 9 Disember lalu, Pendakwa Raya memaklumkan pendakwaan tidak berhasrat meneruskan rayuan terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas dan membebaskan Rosmah daripada semua pertuduhan itu.

Notis itu menyatakan Pendakwa Raya selepas memberi notis untuk merayu pada 20 Disember tahun lalu kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi, tidak berhasrat meneruskan rayuan berkenaan.

BHonline-

Tags: AGCDatin Seri Rosmah MansorRayuan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Keputusan Mohon DNAA Ahmad Zahid Dibuat Selaras Peruntukan Undang-undang – AGC

Keputusan Mohon DNAA Ahmad Zahid Dibuat Selaras Peruntukan Undang-undang – AGC

22/12/2025
0

Kuala Lumpur: Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini menegaskan bahawa keputusan untuk memohon melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri...

AGC Arah Polis Segera Lengkapkan Siasatan Kematian Pemandu Lori Dalam Tahanan

AGC Arah Polis Segera Lengkapkan Siasatan Kematian Pemandu Lori Dalam Tahanan

06/12/2025
0

Kuala Lumpur: Jabatan Peguam Negara (AGC) telah mengarahkan Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) Bukit Aman untuk segera...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd