• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenyataan ‘Meraikan’ Boleh Jejas Kerjasama PH, BN Dalam Kerajaan MADANI – Kian Ming

oleh Mohd Arshad
23/12/2025
dalam Politik
0
Kenyataan ‘Meraikan’ Boleh Jejas Kerjasama PH, BN Dalam Kerajaan MADANI – Kian Ming
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Kenyataan ‘meraikan’ yang ditulis bekas Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin dalam media sosialnya, Facebook, sehingga mencetuskan perbalahan sesama parti gabungan boleh menjejaskan keupayaan Kerajaan MADANI untuk berfungsi dengan berkesan sepanjang berbaki dua tahun pemerintahan.

Bekas Ahli Parlimen DAP, Dr Ong Kian Ming yang juga bekas Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), berkata tindakan sedemikian juga boleh mengancam kerjasama yang dipersetujui antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sebelum dan selepas pilihan raya umum akan datang.

“Siapa tahu, ini mungkin antara tindakan yang mendorong BN mencari kerjasama lebih rapat dengan Perikatan Nasional (PN) menjelang pilihan raya akan datang, yang akhirnya merugikan PH dan penyokongnya.

“Dalam semangat Krismas, semoga kita dapat memaafkan, walaupun tidak semestinya melupakan, demi matlamat yang lebih besar iaitu perdamaian.

“Langkah ini supaya kita dapat secara perlahan memastikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik untuk kita dan generasi akan datang selepas kita,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Semalam, Bee Yin memuat naik hantaran berbunyi ‘Another reason to celebrate this year end’ (satu lagi sebab untuk meraikan hujung tahun ini) yang dipaparkan bersama pautan berita sebuah portal bertajuk ‘No house arrest for Najib’ (tiada tahanan rumah untuk Najib).

Hantaran itu dimuat naik beberapa jam selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana Menteri itu bagi memaksa kerajaan dan enam yang lain melaksanakan Titah Adendum supaya beliau menjalani baki hukuman penjara melalui tahanan rumah.

Kenyataan Bee Yin itu membuatkan beberapa pemimpin BN terutama UMNO tidak berpuas hati dengan tindakan itu sehingga mencetuskan ugutan mahu memperhalusi semula kerjasama dengan parti membentuk Kerajaan Perpaduan.

Renteten polemik yang timbul, Kian Ming berkata, tidak perlu lagi mencurahkan minyak ke arah api yang sedang marak dengan membuat kenyataan yang mungkin boleh memburukkan lagi sentimen, terutama membabitkan pelbagai komuniti.

Beliau berkata, kenyataan sedemikian bukan saja kelihatan tidak peka tetapi juga boleh diibaratkan sebagai mengabaikan perasaan ramai komuniti Melayu yang mungkin tidak semestinya menyokong tindakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya, mungkin ada pihak bukan dalam kalangan penyokong Najib tidak mahu melihat seorang bekas Perdana Menteri diaibkan sebegitu rupa.

“Sudah tentu (mereka) tidak mahu melihat pemimpin politik daripada sebuah parti yang kebanyakan meraka mereka tidak sukai, ‘meraikan’ keputusan mahkamah itu secara terbuka di media sosial,” katanya.

BHonline-

Tags: BNKerajaan MadaniPHYeo Bin Yee
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Calon BEBAS PRN Sabah Diangkat Wakili BN Pada PRK DUN Lamag

Calon BEBAS PRN Sabah Diangkat Wakili BN Pada PRK DUN Lamag

30/12/2025
0

KOTA KINABALU: Calon yang bertanding atas tiket BEBAS pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah 29 November lalu, Mohd Ismail...

MUBARAK Khuatir UMNO, BN Hilang Sokongan Jika Berlaku Persempadanan Semula Di Selangor

MUBARAK Khuatir UMNO, BN Hilang Sokongan Jika Berlaku Persempadanan Semula Di Selangor

22/12/2025
0

SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) dan UMNO dikhuatiri kehilangan sokongan lebih besar di Selangor sekiranya kerajaan melakukan persempadanan semula kawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd