• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

oleh Mohd Arshad
12/12/2025
dalam Utama & Sensasi
0
‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yakin ‘kebenaran akan menang’ meskipun keputusan prosiding rayuan pendakwaan untuk mengetepikan keputusan pembebasannya daripada sabitan dan hukuman dalam kes dihadapinya ditangguhkan Mahkamah Persekutuan hari ini.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu kembali ke mahkamah semalam dalam pertembungan terakhir kes rasuah dihadapinya apabila pihak pendakwaan membuat usaha terakhir untuk mengembalikan sabitan dan hukuman dijatuhkan Mahkamah Tinggi sebelum diketepikan Mahkamah Rayuan.

Kes berkenaan membabitkan tiga pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), salah guna harta dan pengubahan wang haram.

“Sepanjang prosiding yang mengambil masa selama 600 hingga 700 hari, (kami) tidak pernah menangguhkan, tidak cuba memanjangkan. Kami yakin kemenangan akan diperoleh, jika bukan hari ini, esok, bulan depan.

“Kemenangan akan diperoleh. Kebenaran akan menang,” katanya dalam video ringkas dimuat naik dalam aplikasi Tread hari ini sambil berterima kasih kepada pasukan peguam mewakilinya serta rakan-rakan.

Mahkamah Persekutuan hari ini mengambil langkah di luar kebiasaan apabila memberikan tempoh bertenang seminggu dan mengarahkan pendakwaan menyatakan pendirian dalam rayuannya terhadap pembebasan Syed Saddiq.

Pihak pendakwaan sedang merayu kepada mahkamah tertinggi berkenaan untuk mengembalikan hukuman penjara tujuh tahun, denda RM10 juta dan dua sebatan yang sebelum ini dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi terhadap bekas Ketua ARMADA BERSATU itu sebelum diketepikan oleh Mahkamah Rayuan.

Terdahulu Presiden Mahkamah Rayuan yang mengetuai panel tiga hakim mendengar prosiding di Mahkamah Persekutuan, Datuk Abu Bakar Jais memberitahu pendakwaan supaya meneliti kembali hujahan dan kemudian memaklumkan pendirian sebelum mahkamah membuat keputusan lanjut.

Menurut Abu Bakar, panel yang turut dianggotai Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah sudah membaca semua hujahan pihak-pihak dalam rayuan berkenaan.

“Jika anda merasakan anda masih mampu membuktikan kes anda, teruskan, tetapi jika selepas meneliti semula, anda merasakan ia tidak begitu kukuh, maka anda perlu maklumkan kepada kami. Kami tidak membuat apa-apa keputusan pada masa ini. Anda mesti maklumkan kepada kami dalam tempoh satu minggu.

“Sebaik sahaja menerima hujahan bertulis daripada perayu (pendakwaan), jika tiada apa-apa petunjuk, kami akan memberikan keputusan,” kata hakim berkenaan.

Abu Bakar juga meminta pasukan pendakwaan yang diketuai Datuk Wan Shaharudin Wan Ladin mengadakan mesyuarat dan berbincang antara mereka serta meneliti semula keseluruhan kes sebagai satu pasukan.

BHonline-

Tags: mahkamah persekutuanSyed Saddiq
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

17/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Peguam Negara mengarahkan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada sabitan...

Pendakwaan Bersedia Rayuan Terhadap Pembebasan Syed Saddiq

Pendakwaan Bersedia Rayuan Terhadap Pembebasan Syed Saddiq

30/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin menegaskan, pendakwaan sudah bersedia dalam rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd