• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hero Pantai Bondi Terima Derma RM7.7 Juta

oleh Mohd Arshad
20/12/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Hero Pantai Bondi Terima Derma RM7.7 Juta
Share on FacebookShare on Twitter

SYDNEY: Seorang lelaki yang bertindak berani menentang penyerang bersenjata dalam insiden tembakan di Bondi Beach kini menerima sumbangan awam mencecah AUD$2.5 juta (sekitar RM7.7 juta), selepas aksinya menyelamatkan orang ramai tular di media sosial.

Ahmed al-Ahmed, tidak melarikan diri seperti kebanyakan orang lain, sebaliknya berlari ke arah penyerang dan berjaya menumbangkan salah seorang suspek serta merampas senjata api yang digunakan.

Menurut laporan, ketika kejadian berlaku, kawasan pantai itu dipenuhi keluarga dan kanak-kanak yang sedang beriadah. Keadaan bertukar panik apabila dua penyerang melepaskan tembakan ke arah orang awam.

Tanpa berfikir panjang, Ahmed bertindak menghadang penyerang bagi menghalang lebih ramai mangsa menjadi korban. Namun, tindakannya itu menyebabkan beliau ditembak dua kali oleh seorang lagi suspek dan hampir kehilangan nyawa.

Ahmed kini dilaporkan stabil dan sedang menerima rawatan di hospital selepas menjalani pembedahan.

Tindakan beraninya mencetuskan gelombang solidariti global apabila lebih 43,000 penderma menyumbang dana dalam tempoh kurang 24 jam sebagai tanda penghargaan terhadap keberaniannya.

Ramai netizen menyifatkan Ahmed sebagai “wira sebenar” yang sanggup menggadaikan nyawa demi keselamatan orang lain, malah ada yang menyatakan beliau melambangkan nilai kemanusiaan sejagat.

“Peluru mungkin menjatuhkannya, tetapi seluruh negara dan dunia bangkit berdiri bersamanya,” tulis seorang pengguna media sosial.

Insiden itu turut mencetuskan perbincangan luas mengenai keberanian orang awam dalam situasi krisis serta semangat perpaduan masyarakat Australia. – MYNEWSHUB

Sumber: mdmotivator

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2025/12/MarioNawfal_20251218__2001739918049996807_1_20017378116915281920.mp4
Tags: Pantai Bondi
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

PM Australia Lawat Hero Pantai Bondi 

PM Australia Lawat Hero Pantai Bondi 

16/12/2025
0

SYDNEY – Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese melawat Ahmed al-Ahmed di hospital selepas lelaki berusia 43 tahun itu cedera ditembak...

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

15/12/2025
0

SYDNEY: Lelaki dan anaknya disahkan Polis Australia sebagai suspek serangan tembakan di Pantai Bondi, Sydney, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 16 nyawa,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd