• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Sayur Naik Hampir 3 Kali Ganda

oleh Mohd Arshad
19/12/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Harga Sayur Naik Hampir 3 Kali Ganda
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU: Hujan berterusan dan penutupan laluan Cameron Highlands – Gua Musang antara punca utama kenaikan harga pelbagai jenis sayur-sayuran sehingga hampir tiga kali ganda.

Tinjauan di beberapa pasar awam di Kuala Terengganu mendapati harga kangkung naik daripada RM4 kepada RM15 sekilogram (kg).

Harga bunga kobis naik daripada RM50kg kepada RM110kg, kailan daripada RM45 kepada RM90, sawi manis RM40 kepada RM80 kg.

Tinjauan turut mendapati lada merah daripada RM75 kepada RM115kg, lada besar RM60 kepada RM90, tomato RM45 kepada RM79, timun RM25 kepada RM40, terung panjang RM25 kepada RM45, bendi RM6 kepada RM13 dan kacang panjang daripada RM8 kepada RM30 kg.

Seorang pemborong sayur, Mohammad Hisyam Zuhdi Mohd Zaki, 36, berkata harga pelbagai jenis sayur-sayuran naik sehingga antara 30 peratus dan 60 peratus pada awal bulan ini.

Bagaimanapun, katanya, hujan lebat sehingga beberapa jalan utama termasuk daripada Cameron Highlands ke Gua Musang ditutup susulan berlaku runtuhan tanah menyebabkan harga pelbagai jenis sayur-sayuran naik berlipat kali ganda.

“Kos pengangkutan selain kekurangan bekalan berikutan hujan berterusan di Cameron Highlands, Kelantan dan Pahang punca utama kenaikan harga sayur-sayuran.

“Penutupan jalan di Kilometer 107.6 menghubungkan Gua Musang-Lojing berhampiran Pos Blau ditutup kepada semua kenderaan disebabkan kejadian tanah runtuh sejak Rabu lalu menyebabkan kos pengangkutan meningkat,” katanya.

Mohammad Hisyam Zuhdi berkata, pemborong sayur-sayuran terpaksa menggunakan jalan dari Cameron Highlands melalui Sungai Koyan-Ringlet untuk ke Terengganu bagi menghantar bekalan.

“Harga bekalan sayur-sayuran dijangka akan stabil semula apabila semua laluan yang ditutup dibuka semula,” katanya.

Sementara itu, seorang pengusaha makanan, Muhammad Nor Faiz, 28, berkata walaupun berlaku kenaikan harga sayur-sayuran termasuk cili kecil tetapi harga terutama masakan panas tidak dinaikkan.

“Kita terpaksa mengurangkan sayuran untuk masakan panas.

“Kenaikan harga pelbagai jenis sayur-sayuran memang membebankan pengusaha kedai makan, tetapi bagi mengelakkan kenaikan harga makanan, kita terpaksa kurangkan sayur-sayuran dalam masakan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri, Muhamad Fadzlee Hassan ketika dihubungi mengesahkan berlaku kenaikan harga sayur-sayuran.

Katanya, walaupun berlaku kenaikan harga bekalan sayur-sayuran, tetapi peserta pasar tani di seluruh negeri didapati mengurangkan antara lima hingga 10 peratus harga, berbanding harga di pasar awam.

“Hasil pemantauan dan tinjauan mendapati peserta pasar tani tidak menaikkan harga jualan sehingga 100 peratus, sebaliknya mengurangkan harga jualan bagi membantu meringankan bebanan pengguna,” katanya.

BHonline-

Tags: harga sayur
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Harga Sayur Dijangka Naik 25 Peratus

Harga Sayur Dijangka Naik 25 Peratus

14/03/2024
0

Kuala Lumpur : Dua persatuan mewakili pengusaha sayur terbesar di negara ini menjangkakan harga sayur akan mengalami kenaikan sehingga 25...

Cuaca Tidak Menentu Punca Harga Sayuran Naik

Cuaca Tidak Menentu Punca Harga Sayuran Naik

04/02/2024
0

KUCHING : Harga barang keperluan terutamanya sayuran di bandar raya ini didapati meningkat sehingga RM3 berbanding sebelum ini. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd