• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Minyak Sawit Diunjur RM3,800 Hingga RM4,100 Satu Tan Bulan Depan

oleh Mohd Arshad
19/12/2025
dalam Terkini
0
Harga Minyak Sawit Diunjur RM3,800 Hingga RM4,100 Satu Tan Bulan Depan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal dalam julat RM3,800 hingga RM4,100 satu tan pada Januari, disokong oleh keseimbangan bekalan dan permintaan walaupun sentimen pasaran global kekal berhati-hati.

Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dalam satu kenyataan berkata, prospek itu mengambil kira kedudukan stok yang masih tinggi di Malaysia, perkembangan permintaan eksport serta pengaruh harga tenaga dan minyak sayuran global yang terus memberi tekanan ke atas pasaran.

Pada November, pengeluaran minyak sawit Malaysia susut sebanyak 108,000 tan atau 5.3 peratus bulan ke bulan kepada 1.93 juta tan.

Eksport turut gagal mencapai jangkaan apabila hanya mencatatkan 1.21 juta tan, sebahagian besarnya berikutan permintaan lebih lemah dari Afrika Sub-Sahara.

“Keadaan itu berlaku selepas rantau berkenaan mengimport hampir 600,000 tan pada Oktober, sekali gus mengurangkan keperluan import pada November.

“Permintaan dari EU27 turut menyederhana selepas Kesatuan Eropah (EU) mengesahkan penangguhan lanjut selama 12 bulan Peraturan Bebas Penebangan Hutan EU (EUDR), sekali gus menghapuskan keperluan pembinaan stok berjaga-jaga oleh pengimport,” katanya.

Bagaimanapun, MPOC berkata, gabungan pengeluaran yang masih kukuh dan eksport yang lemah mendorong stok minyak sawit Malaysia meningkat kepada 2.83 juta tan pada November, paras tertinggi sejak Mac 2019.

Bagi 2026, eksport minyak sawit Malaysia diramal meningkat kepada 16.2 juta tan, manakala pengeluaran dijangka menyusut kepada 19.7 juta tan apabila pokok kelapa sawit memasuki fasa rehat selepas prestasi yang kukuh pada 2025.

“Sentimen keseluruhan pasaran minyak sayuran turut ditekan oleh kejatuhan harga minyak mentah, yang susut kepada AS$55 setong pada Disember 2025, paras terendah sejak Februari 2021,” katanya.

Di Amerika Syarikat (AS), harga minyak kacang soya jatuh ke paras terendah dalam tempoh lima bulan kepada AS$1,130 satu tan.

Keadaan itu berlaku apabila Agensi Perlindungan Alam Sekitar AS (EPA) menjangkakan dasar biofuel 2026 yang mengutamakan penggunaan minyak kacang soya keluaran domestik hanya akan dimuktamadkan pada suku pertama 2026.

MPOC menjelaskan, harga minyak sawit turut terjejas oleh sentimen global yang lebih lemah, selain peningkatan inventori di Malaysia.

Namun, katanya, situasi itu meningkatkan lagi daya saing harga minyak sawit berbanding minyak kacang soya dan minyak sayuran pesaing lain, sekali gus dijangka mendorong peningkatan permintaan global dalam tempoh terdekat.

Di India, minyak sawit diniagakan pada diskaun AS$105 satu tan berbanding minyak kacang soya dan AS$240 satu tan berbanding minyak bunga matahari setakat pertengahan Disember.

Keadaan itu dijangka menyokong peningkatan ketara import minyak sawit India antara Januari hingga Mac, didorong permintaan bermusim yang lebih tinggi sempena musim perkahwinan.

Di pasaran domestik China pula, olein sawit menjadi jauh lebih kompetitif apabila premium berbanding minyak kacang soya menyempit dengan ketara daripada AS$195 satu tan pada suku pertama 2025 kepada hanya AS$20 satu tan pada Disember.

Justeru, kata MPOC, kelemahan harga minyak sawit ketika ini dilihat bersifat sementara dan membuka peluang kepada pasaran utama untuk membina semula inventori.

BHonline-

Tags: harga Minyak Sawit
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Harga Minyak Masak Naik Lagi Dahsyat Berbanding Tahun 2016

07/06/2021
0

Dari Facebook Najib Razak PADA tahun 2016, harga minyak masak Malaysia pernah naik buat kali pertama dalam tempoh sedekad apabila...

Harga Minyak Sawit Naik, India Beralih Minyak Bunga Matahari

12/12/2019
0

NEW DELHI - Peningkatan berterusan harga minyak sawit berkemungkinan besar memaksa ramai pembeli dari India keluar pasaran pada November dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd