• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gabenor Aceh Hargai Bantuan Malaysia, Nada Berbeza Banding Menteri Indonesia

Follow Akaun Telegram, TikTok, X , Instagram, Facebook Atau Threads Mynewshub

oleh Mohd Arshad
16/12/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Gabenor Aceh Hargai Bantuan Malaysia, Nada Berbeza Banding Menteri Indonesia
Share on FacebookShare on Twitter

BANDA ACEH – Gabenor Aceh, Muzakir Manaf atau lebih dikenali sebagai Mualim, menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia yang turun membantu rakyat Aceh buat kali kedua, susulan bencana banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan di wilayah itu.

Menurut Mualim, kehadiran NGO Malaysia amat bermakna dalam meringankan beban rakyat Aceh yang terkesan, khususnya melibatkan bantuan kemanusiaan, kebajikan serta sokongan logistik di kawasan terjejas.

Beliau turut mengalu-alukan sebarang bentuk bantuan daripada mana-mana pihak luar, termasuk Malaysia, selagi ia bertujuan membantu rakyat dan tidak bersifat politik.

“Kami amat menghargai keprihatinan NGO Malaysia yang sanggup datang sekali lagi membantu rakyat Aceh. Bantuan seperti ini sangat diperlukan ketika masyarakat kami berdepan musibah,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, kenyataan dan sikap Gabenor Aceh itu dilihat berbeza dengan nada Menteri Dalam Negeri Indonesia, Jeneral (B) Tito Karnavian, yang sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila dilaporkan seolah-olah memperlekehkan jumlah serta bentuk bantuan yang disalurkan dari Malaysia kepada Aceh.

Kenyataan Tito itu mengundang pelbagai reaksi, termasuk kritikan daripada netizen dan pemerhati hubungan serantau yang menyifatkan bantuan kemanusiaan tidak seharusnya dinilai dari segi jumlah semata-mata, sebaliknya dari keikhlasan dan kesediaan membantu ketika krisis.

Untuk rekod, hubungan Aceh dan Malaysia mempunyai ikatan sejarah serta budaya yang rapat, termasuk dalam aspek bantuan kemanusiaan, khususnya ketika Aceh dilanda tsunami pada 2004 dan beberapa bencana besar lain selepas itu.

Setakat ini, beberapa NGO Malaysia dilaporkan masih meneruskan misi bantuan di Aceh, dengan fokus kepada bantuan makanan, keperluan asas dan sokongan kepada mangsa yang kehilangan tempat tinggal akibat banjir dan tanah runtuh.

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2025/12/saripudin4433_video_1765850567096.mp4
Tags: Aceh
Share204Tweet128SendShare

Related Posts

Wartawan CNN Indonesia Tumpah Air Mata Ketika Liputan Langsung Bencana Sumatra

Wartawan CNN Indonesia Tumpah Air Mata Ketika Liputan Langsung Bencana Sumatra

18/12/2025
0

ACEH TAMIANG, INDONESIA: Detik penuh emosi tercetus ketika wartawan CNN Indonesia, Irine Wardani, gagal menahan air mata sewaktu membuat liputan...

Menteri Indonesia Cakap Bantuan Dari Malaysia Ke Aceh Tak Seberapa Pun…

Menteri Indonesia Cakap Bantuan Dari Malaysia Ke Aceh Tak Seberapa Pun…

15/12/2025
0

Tito Karnavian Didakwa Meremehkan Bantuan Malaysia Kepada Rakyat Aceh JAKARTA – Kenyataan Menteri Dalam Negeri Indonesia, Jeneral (B) Tito Karnavian,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd