DALAM dunia kreatif, ada pelukis yang membina legasi.
Ada yang mengasah bakat.
Ada yang memperjuangkan idealisme.
Dan kemudian ada… Fahmi Reza — pelacur politik tua yang seolah-olah percaya bahawa kreativiti tak perlu berkembang, cukup dengan satu resipi sahaja:

> Lukis siapa pun yang jadi ahli politik atau jadi Perdana Menteri — asalkan nampak buruk, viral confirm datang.
Tak perlu jadi kreatif untuk hasilkan perkara baru. Cuma perlu menunggang sentimen benci rakyat untuk nampak macam bagus dan hebat. Hakikat kau tak ke mana pun Fahmi.
Buat la sesuatu dari kosong dan baru…nak tengok jugak…dapat tak perhatian majoriti masyarakat?
Bakat Fahmi Reza :
Ini bukan lagi seni.
Ini bukan lagi satira.
Ini sudah jadi bisnes model.
Fahmi Reza barangkali satu-satunya kartunis yang boleh berkata:
> “Siapa pun jadi PM, aku tetap hero.”
Bukan sebab dia memperjuangkan demokrasi.
Bukan sebab dia peduli rakyat miskin, harga barang, atau masa depan negara.
Tetapi sebab kalau dia tak kutuk kerajaan,
— engagement turun,
— retweet tak naik,
— notifikasi sunyi,
— dan paling bahaya… orang lupa dia wujud.
Kata orang:
“Kalau tiada idea, menunggang sentimenlah jawapannya.”
Dan ya, dia melakukannya dengan penuh dedikasi.
Era Najib dulu, kalau budak tadika conteng muka Najib pun boleh viral. Apa lagi kartunis politik.

Fahmi pun ambil peluang — setiap hari naikkan “hidangan satira panas.”
Bukan sebab perjuangan.
Bukan sebab prinsip.
Tapi sebab permintaan pasaran memang tinggi.
Macam jual air balang waktu panas terik.
Kemudian PM Bertukar… Tapi Menu Sama
Tun M naik?
Kutuk.
Muhyiddin naik?
Kutuk.
Ismail Sabri naik?
Kutuk.
Anwar naik?
Oh sudah tentu, kutuk jugak.

Kalau esok bapak atau sedara-mara dia sendiri jadi PM, kemungkinan besar dia akan lukis juga — sebab algorithm tak peduli hubungan kekeluargaan.
Sekurang-kurangnya konsistenlah,
Ramai orang buat kartun.
Ramai buat satira.
Ramai juga buat kritikan politik.
Tapi bezanya?
Mereka buat untuk menambah nilai. Sebab mereka kreatif. Idea mereka original. Bukan duduk depan laptop nampak ada isu yang orang marah pasal kerajaan, maka kartunis tua tandus ilham pun melukis sesuatu yang rakyat tengah sebut.
Itu satu macam punya plagiat juga…plagiat idea rakyat. Idea original sendiri zero.
Itulah Fahmi Reza…
Kadangkala, satira dia bukan untuk membuka mata rakyat…tetapi untuk pastikan spotlight tak padam.
Ibarat pelakon yang setiap musim tukar watak jahat siapa yang dia nak serang, asalkan rating naik.
Umpama juga pelacur tua yang takda pelanggan, terpaksa memikirkan sesuatu untuk elak mati kebulur.
Anti-Establishment: Jalan Paling Senang Ke Relevansi
Kritikal terhadap kerajaan ada tempatnya.
Satira juga ada nilainya.
Tetapi apabila setiap pemimpin, setiap kerajaan, setiap pentadbiran dikutuk tanpa gagal…lama-lama kelihatan bukan seperti aktivisme, tetapi ketagihan untuk dilihat sebagai wira rakyat, walaupun rakyat pun pening apa misi sebenarnya.
Seolah-olah prinsip dia hanya ada satu:
> “Asal orang marah kerajaan, aku dapat likes.”
Dan kalau begitu, siapa perlukan idea baru?
Ulang formula, tukar muka subjek, siap.
Akhirnya, Fahmi Reza bukan musuh negara.
Bukan juga ancaman demokrasi.
Dia cuma seorang kartunis yang faham:
Jika anda mahu perhatian, jadilah anti-establishment setiap musim.
Tak perlu inovasi. Tak perlu idea baru. Bodoh pun takpe.
Cukup tunggu trending, masuk, dan kutuk….kutuk….kutuk…kutuk…sampai diri sendiri pun jadi tua terkutuk.
Barangkali dalam kamus kreatifnya, itu sudah cukup untuk dipanggil seni…kesiannya.


