• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Eksploitasi Pembantu Rumah: Sambung Reman Usahawan Wanita Dan Anak Dari Kayangan Heights Ditolak

oleh Mohd Arshad
21/12/2025
dalam Terkini
0
Eksploitasi Pembantu Rumah: Sambung Reman Usahawan Wanita Dan Anak Dari Kayangan Heights Ditolak
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM: Usahawan wanita bersama anaknya yang ditahan bagi membantu siasatan berkenaan eksploitasi buruh paksa terhadap dua pembantu rumah warga Indonesia pada Khamis lalu, dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol, berkata ia selepas permohonan sambung reman terhadap dua suspek berusia 50-an dan 30-an ditolak, hari ini.

“Permohonan sambung reman ditolak …(suspek) akan diberi jamin polis, manakala dua mangsa kini ditempatkan di rumah perlindungan,” katanya ringkas, hari ini.

Kedua-dua suspek sebelum ini direman tiga hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Semalam, media melaporkan dua beranak itu ditahan di sebuah rumah di Kayangan Heights dekat sini pada Khamis lalu selepas dua mangsa berusia 48 dan 33 tahun diselamatkan.

Ramsay berkata, mangsa pertama memberitahu sudah bekerja dua tahun manakala seorang lagi baru sebulan.

Katanya, mangsa mendakwa telefon bimbit dan pasport mereka dirampas oleh majikan, dipaksa bekerja lebih masa serta sering dipukul selain tidak dibayar gaji sejak dua bulan lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Anti-Pemerdagangan Orang Dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

BHonline-

Tags: Eksploitasi Pembantu RumahKayangan Heightsusahawan wanita
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

RM95 Juta Pembiayaan Khas Perkasa Usahawan Wanita

06/11/2020
0

KUALA LUMPUR - Sejumlah RM95 juta pembiayaan mikro kredit khas disediakan kerajaan bagi memperkasa usahawan wanita di negara ini, umum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd