• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bumbung Stesen Minyak Runtuh Dilanggar Treler Di Kulim

oleh Mohd Arshad
27/12/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Bumbung Stesen Minyak Runtuh Dilanggar Treler Di Kulim
Share on FacebookShare on Twitter

KULIM: Sebuah bumbung stesen minyak di kawasan Sungai Ular, di sini, runtuh selepas dilanggar sebuah treler ketika kenderaan berat itu dipercayai mahu membelok untuk mengisi minyak, pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Tengku Mohd Faisal Tengku Yeng, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 7.20 pagi.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati treler jenis Volvo yang dipandu lelaki berusia 24 tahun itu sedang dalam perjalanan dari Klang, Selangor menuju ke Kuala Ketil melalui Serdang.

“Ketika tiba di stesen minyak berkenaan dan membelok ke arah pam diesel, bahagian badan treler secara tiba-tiba terlanggar bumbung stesen minyak sehingga menyebabkan struktur berkenaan runtuh,” katanya ketika dihubungi media hari ini.

Beliau memaklumkan, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut, termasuk melibatkan pemandu treler atau orang awam.

Bagaimanapun, stesen minyak berkenaan mengalami kerosakan pada bumbung serta empat pam minyak, manakala treler terbabit dilaporkan tidak mengalami sebarang kerosakan.

Kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59, dan siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2025/12/1766826014991.mp4
Tags: bakar stesen minyak
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Lelaki Myanmar Mengamuk Mahu Bakar Stesen Minyak

23/05/2019
0

KEMAMAN - Pelanggan sebuah stesen minyak di Chukai di sini gempar selepas seorang lelaki warga Myanmar yang disyaki berada di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd