• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Serah Senarai Calon Menteri, Timbalan Nenteri Untuk Kabinet Baharu Sabah – TPM Zahid

oleh Mohd Arshad
01/12/2025
dalam Utama & Sensasi
0
BN Serah Senarai Calon Menteri, Timbalan Nenteri Untuk Kabinet Baharu Sabah – TPM Zahid
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATUK: Barisan Nasional (BN) telah menyerahkan senarai calon untuk dipertimbangkan bagi mengisi jawatan menteri dan timbalan menteri dalam Kabinet Baharu Negeri Sabah.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengesahkan perkara itu dan berkata kerajaan negeri telah meminta parti-parti pendukung mengemukakan calon masing-masing untuk pertimbangan pelantikan.

“Bagi PRN Sabah, pembentukan kerajaan akan dilakukan secepat mungkin. Kita menghargai kerjasama pelbagai parti selain GRS (Gabungan Rakyat Sabah) yang berjalan dengan baik.

“Malah, saya sendiri telah menghubungi Ketua Menteri baharu Datuk Seri Hajiji Noor, serta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi menstabilkan politik di Sabah,” katanya selepas menghadiri taklimat ringkas mengenai bencana banjir di Bagan Datuk hari ini.

Beliau mengulas prestasi BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, kelmarin.

Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri menegaskan keutamaan kini adalah memastikan kestabilan politik Sabah supaya pembangunan negeri dapat diteruskan, termasuk rancangan berkaitan bekalan elektrik, air dan infrastruktur jalan raya.

“Yang penting, kesejahteraan rakyat serta aspirasi Sabah Maju Jaya dapat dilaksanakan sepenuhnya,” katanya.

Selepas PRN Sabah ke-17, Ahmad Zahid memaklumkan bahawa BN bersedia bekerjasama dengan parti-parti sehaluan untuk membentuk kerajaan baharu, demi memastikan kestabilan politik negeri.– BERNAMA

Tags: Kerjasama DAP-UMNO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kerjasama DAP-UMNO Bukan ‘Kahwin Paksa’ – Loke

Kerjasama DAP-UMNO Bukan ‘Kahwin Paksa’ – Loke

17/04/2023
0

PUTRAJAYA : Hubungan DAP dan UMNO tidak boleh diibaratkan sebagai ‘kahwin paksa’ sebaliknya ia adalah kerjasama politik untuk mewujudkan sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd