KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes penyanyi dan pelakon, Naim Daniel yang didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun, bermula hari ini.
Kes ditetapkan selama tiga hari akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Datin M Kunasundary.
Sebelum ini, mahkamah membenarkan saksi untuk memberikan keterangan menerusi pautan video pada perbicaraan itu.
Keputusan itu dibuat selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak dan membenarkan permohonan pihak pendakwaan.
Tak sekat buat persembahan
Naim berdepan tuduhan melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan berkenaan di sebuah hotel di Petaling Jaya pada jam 8.56 pagi, 19 Mei lalu.
Pada 17 Jun, Naim mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.
Kes dikemuka mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Sebelum ini media turut melaporkan Naim Daniel, bebas meneruskan aktiviti seni walaupun kesnya masih berjalan di mahkamah.
Menurut peguam, Mohd Irwan Sumadi, sehingga kini tiada sebarang perintah mahkamah atau sekatan undang-undang menghalang penyanyi itu daripada membuat persembahan.
BHonline-


