• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, December 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Setiausaha Politik Lapor SPRM, Artikel Penghargaan Kepada Dr Zaliha Disalah Tafsir

oleh Mohd Arshad
23/12/2025
dalam Terkini
0
Bekas Setiausaha Politik Lapor SPRM, Artikel Penghargaan Kepada Dr Zaliha Disalah Tafsir
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menjelaskan dakwaan bahawa bekas Menteri Kesihatan itu pernah ditawarkan rasuah RM50 juta untuk menggugurkan dasar Generasi Penamat (GEG) tembakau.

G Sivamalar berkata satu artikel yang ditulisnya baru-baru ini sebagai penghargaan peribadi kepada Dr Zaliha dipetik di luar konteks dan disalah tafsir, sehingga mencetuskan spekulasi awam mengenai dakwaan cubaan rasuah.

Menurutnya, artikel berkenaan tidak pernah bertujuan untuk menuduh sebarang salah laku atau mencadangkan wujudnya pembabitan tidak wajar.

“Ia semata-mata bertujuan menonjolkan integriti dan kepemimpinan Dr Zaliha.

“Malangnya, sebahagian kecil kandungan dipetik di luar konteks dan menjadi tular, sekali gus menimbulkan salah faham,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sivamalar berkata, insiden itu berlaku kira-kira dua tahun lalu, selepas Dr Zaliha yang ketika itu Menteri Kesihatan mengumumkan bahawa kementerian sedang menyediakan perundangan berkaitan produk merokok dan vape.

Katanya, pada waktu itu reaksi awam bercampur-baur dan dicemari salah faham meluas, dengan ramai pihak menyangka cadangan itu membabitkan larangan menyeluruh, sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pemain industri dan pihak berkepentingan.

“Dalam tempoh seminggu selepas pengumuman itu, pelbagai individu cuba menghubungi pejabat menteri termasuk permintaan untuk mengadakan pertemuan.

“Dalam satu kejadian, ketika saya menguruskan kehadiran pelawat di lobi, satu individu atau kumpulan meminta untuk bertemu menteri.

“Apabila ditanya tujuan pertemuan, jelas bahawa niat mereka adalah untuk merundingkan penarikan balik rang undang-undang yang dicadangkan dengan isyarat tawaran tertentu disampaikan secara tersirat,” katanya.

Sivamalar berkata, beliau memaklumkan perkara itu kepada Dr Zaliha dan menteri berkenaan secara tegas menolak untuk bertemu sesiapa serta mengarahkan supaya mereka diminta beredar.

Katanya, arahan itu disampaikan dan individu berkenaan kemudian meninggalkan tempat berkenaan. Dr Zaliha tidak pernah bertemu mereka mahupun melayan sebarang perbincangan seumpama itu.

“Ketika saya menulis artikel penghargaan itu, saya cuba mengimbas kembali kejadian berkenaan. Sebarang tanggapan sebaliknya adalah tidak tepat dan berpunca daripada petikan yang disalah tafsir.

“Pada ketika itu, keutamaan kementerian adalah untuk menstabilkan keadaan dengan membetulkan salah faham awam dan memastikan pihak berkepentingan memahami dengan jelas tujuan serta skop perundangan yang dicadangkan,” katanya.

Sivamalar berkata, berdasarkan penilaiannya pada waktu itu, tiada tawaran rasuah yang serius atau jelas sehingga memenuhi ambang untuk dilaporkan dengan segera.

Beliau menegaskan, sekiranya terdapat sebarang cubaan yang jelas, langsung atau eksplisit untuk menawarkan rasuah, ia pasti akan dilaporkan kepada pihak berkuasa tanpa sebarang keraguan.

“Saya kekal bersedia untuk memberikan penjelasan lanjut sekiranya diperlukan,” katanya.

Semalam, Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4 Centre) menggesa SPRM menjalankan siasatan terhadap dakwaan Dr Zaliha ditawarkan RM50 juta untuk menggugurkan dasar GEG.

Dakwaan itu Sivamalar, menerusi satu rencana pendapat yang diterbitkan oleh portal berita dan kemudiannya diulangi dalam kenyataan kepada portal berita perubatan, CodeBlue.

Dalam rencana berkenaan, Sivamalar mendakwa bekas menterinya menerima beberapa pendekatan rasuah termasuk melalui panggilan telefon dan kemungkinan secara bersemuka, bagi memujuk beliau menggugurkan Rang Undang-Undang GEG yang bertujuan melarang merokok kepada mereka yang lahir selepas 2007.

BHonline-

Tags: Dr Zaliha MustafaGEGrasuahSPRM
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

SPRM Panggil Tiga Individu Bantu Siasatan Perolehan Projek Tentera

SPRM Panggil Tiga Individu Bantu Siasatan Perolehan Projek Tentera

25/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil tiga individu bagi merakamkan keterangan berhubung siasatan perolehan projek tentera. Menurut...

Rafizi Tak Suka Saya – Azam Baki

Rafizi Tak Suka Saya – Azam Baki

10/12/2025
0

Azam Baki Beri Bayangan Kontrak Tidak Disambung, Sedia Tinggalkan Jawatan Ketua SPRM PUNCAK ALAM, 10 Dis – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd