• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir 7 Negeri: Pahang Paling Ramai Di PPS

oleh Mohd Arshad
17/12/2025
dalam Terkini
0
Banjir 7 Negeri: Pahang Paling Ramai Di PPS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Setakat jam 9.30 pagi ini terdapat 2,827 mangsa daripada 838 keluarga ditempatkan di 36 pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh negeri.

Menurut portal InfoBencana JKM negeri yang masih ada PPS dibuka ialah Johor, Pahang, Sabah, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Sarawak.

Pahang mencatat jumlah mangsa teramai iaitu sebanyak 2,234 orang, diikuti Sabah (221), Johor (120) dan Terengganu (108).

Secara keseluruhan jumlah kanak-kanak termasuk bayi yang berada di PPS adalah seramai 1,012 orang.

Sementara itu, seramai 120 orang mangsa banjir di Mersing, Johor sudah ditempatkan di PPS, hari ini.

Menurut data Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM), PPS berkenaan dibuka di daerah itu mulai hari ini, dengan seramai 31 keluarga terbabit.

Ia membabitkan 65 mangsa dewasa, 49 kanak-kanak dan empat orang bayi.

Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan, beberapa daerah di Johor iaitu Segamat, Kluang, Kota Tinggi dan Mersing dikategorikan dalam Tahap Buruk susulan amaran hujan berterusan sehingga esok.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi juga dilaporkan berkata, keadaan itu berisiko menyebabkan banjir besar, banjir kilat, peningkatan mendadak paras sungai serta gangguan kepada jalan utama dan operasi lapangan.

Dua sungai di Pahang, Sarawak lepasi tahap bahaya

Dalam pada itu, dua sungai masing-masing di Pahang dan Sarawak berada pada tahap bahaya susulan banjir lebat berterusan.

Setakat jam 6.30 pagi tadi, Sungai Belat di Sri Damai (F2), Kuantan, melebihi tahap bahaya sebanyak 1.36 meter, manakala Sungai Mentiga di Jam. Chini (F1), Pekan turut mengalami situasi sama, naik 0.4 meter.

Kedua-dua kawasan sungai itu juga tidak menunjukkan trend perubahan sekitar jam 5.30 pagi tadi.

Di Sarawak, stesen Long Teru, Miri juga sudah meningkat melebihi tahap bahaya dengan kenaikan 0.3 meter (trend tiada perubahan), manakala Marudi, Miri pula melebihi 0.13 meter (trend menurun).

Dalam perkembangan itu, beberapa sungai di negeri Pahang juga sudah melepasi tahap amaran iaitu Sungai Kenau di Sungai Rimau (F2), Kuantan; Sungai Soi di Jalan Pekan–Kuantan (N), Kuantan; Jam. Chegar Perah (F1), Lipis; dan Sungai Lepar di Jam. Gelugor (F1), Kuantan.

Antara sungai dan stesen yang sudah melepasi tahap amaran adalah Sungai Besut di Jambatan Keruak, Besut, Terengganu; Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat, Johor; Sungai Kelantan di Kuala Krai (F1), Kuala Krai, Kelantan; Sebatan, Betong, Sarawak; Sungai Siput di Kampung Sungai Siput (F2), Alor Gajah; Sungai Slim di Slim River, Muallim, Perak; dan Sungai Gemas di Kampung Tiong (F2), Tampin, Negeri Sembilan.

Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan Amaran Hujan Lebat Berterusan (BURUK) berkuat kuasa sehingga esok di kawasan Dungun dan Kemaman (Terengganu), Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin (Pahang), serta Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi (Johor).

Amaran Hujan Berterusan (WASPADA) pula berlaku di Kelantan; Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang (Terengganu); Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera (Pahang); serta Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru (Johor).

BHonline-

Tags: BanjirPahangPPS
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

Ahli Politik Indonesia Sibuk Nasihat Mengenai Kayu Balak, Nasib Mangsa Banjir Dipersoal

Ahli Politik Indonesia Sibuk Nasihat Mengenai Kayu Balak, Nasib Mangsa Banjir Dipersoal

21/12/2025
0

KENYATAAN anggota DPR Indonesia, Alex Indra Lukman, yang menegur orang ramai agar tidak mengambil kayu gelondongan sisa banjir kerana ia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd