• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, January 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Presiden UMNO Sifatkan Yeo Bee Yin “Sampah” Susulan Komen Isu Najib

oleh Mohd Arshad
23/12/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Anak Presiden UMNO Sifatkan Yeo Bee Yin “Sampah” Susulan Komen Isu Najib
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Anak kepada Presiden UMNO, Nurulhidayah Ahmad Zahid meluahkan kemarahan terhadap Ahli Parlimen DAP, Yeo Bee Yin, susulan kenyataan pemimpin itu yang dilihat “bergembira” selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan tahanan rumah melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam satu hantaran di media sosial, Nurulhidayah menyifatkan Bee Yin sebagai “sampah” dan mendakwa beliau sudah penat berdepan dengan pemimpin DAP yang menurutnya tidak sensitif terhadap perasaan penyokong UMNO dan Barisan Nasional.

“Penat kerja dengan SAMPAH DAP jenis ni,” katanya dalam akaun media sosial miliknya.

Terdahulu, Bee Yin memuat naik komen berbunyi “Another reason to celebrate this year end” bersama laporan berita yang memaklumkan mahkamah memutuskan tiada tahanan rumah diberikan kepada Najib selepas mendapati titah adendum diraja yang dikemukakan adalah tidak sah.

Kenyataan itu mencetuskan reaksi pelbagai pihak di media sosial, termasuk kecaman keras daripada penyokong UMNO yang menganggap komen berkenaan sebagai biadab dan tidak menghormati institusi serta sentimen masyarakat tertentu.

Suara meminta UMNO menarik diri daripada kerajaan perpaduan bergema seluruh negara sejak semalam.

Isu berkenaan sekali lagi menonjolkan ketegangan hubungan antara pemimpin UMNO dan DAP dalam Kerajaan Perpaduan, khususnya apabila melibatkan kes berprofil tinggi seperti Najib yang terus menjadi polemik politik nasional.- MYNEWSHUB

Tags: Ahli UMNOUMNO
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

MUBARAK Khuatir UMNO, BN Hilang Sokongan Jika Berlaku Persempadanan Semula Di Selangor

MUBARAK Khuatir UMNO, BN Hilang Sokongan Jika Berlaku Persempadanan Semula Di Selangor

22/12/2025
0

SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) dan UMNO dikhuatiri kehilangan sokongan lebih besar di Selangor sekiranya kerajaan melakukan persempadanan semula kawasan...

Akmal Saleh Gesa BN, UMNO Keluar Segera Dari Kerajaan Perpaduan Jika Bermaruah

Akmal Saleh Gesa BN, UMNO Keluar Segera Dari Kerajaan Perpaduan Jika Bermaruah

22/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 22 Disember 2025 — Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Malaysia, Akmal Saleh, menggesa Barisan Nasional (BN) dan UMNO supaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd