Oleh Mynewshub
SEBUAH rakaman tular hari ini memaparkan detik cemas seekor anak kucing kecil yang ditemui masih hidup walaupun berada di celah ratusan kenderaan berat di sebuah lebuh raya.
Dalam video tersebut, anak kucing berwarna oren itu dilihat bersembunyi di antara tayar-tayar lori dan jentera berat, sebelum akhirnya disedari oleh beberapa pengguna lebuh raya yang kebetulan melalui kawasan tersebut.
Mereka beramai-ramai mengelilingi sebuah lori treler dalam usaha menyelamatkan anak kucing tersebut.
Walaupun kelihatan lemah dan ketakutan, anak kucing itu berjaya dikeluarkan dengan selamat.
Kejadian itu mendapat perhatian netizen yang memuji tindakan pantas penyelamat dan menganggapnya satu keajaiban memandangkan risiko dirempuh amat tinggi.
Anak kucing tersebut kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas diberikan makanan dan perlindungan sementara. – MYNEWSHUB


