• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Kurnia Kebenaran Guna Dua ‘Airboat’ Milik Peribadi Bantu Operasi Banjir

oleh Mohd Arshad
04/12/2025
dalam Terkini
0
Agong Kurnia Kebenaran Guna Dua ‘Airboat’ Milik Peribadi Bantu Operasi Banjir
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan kebenaran kepada Kerajaan Persekutuan untuk menggunakan dua ‘airboat’ berkuasa tinggi milik Seri Paduka Baginda sebagai aset operasi menyelamat mangsa banjir.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda menzahirkan perkenan itu berikutan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini, selain sebagai persediaan agensi keselamatan dalam melaksanakan misi menyelamat jika berlaku gelombang kedua banjir.

“Kedua-dua ‘airboat’ berkenaan kini ditempatkan di Istana Negara dan dijangka dapat meningkatkan kecekapan operasi serta mempercepatkan penghantaran bantuan kecemasan,” menurut hantaran berkenaan.

Pada Mac 2023, tiga unit ‘airboat’ milik Seri Paduka Baginda digerakkan bagi operasi menyelamat, memindahkan serta membantu mangsa banjir di Johor.

Aset berkenaan turut digunakan untuk menghantar bekalan makanan ke penempatan Orang Asli di kawasan Kluang yang terputus hubungan akibat bencana ketika itu.

Setakat pagi ini, empat negeri masih dilanda banjir iaitu Perak melibatkan 2,690 orang, Selangor (699) orang, Perlis (207) orang dan Pahang (28) orang.

-Bernama

Tags: AgongAirboatBanjirmangsa banjir
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Agong Hargai Peranan Kerajaan, Penjawat Awam Atasi Cabaran Negara

Agong Seru Umat Islam Syukuri Aidilfitri, Terus Istiqamah Dan Prihatin Sesama Insan

21/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi atas kesempatan seluruh umat...

Agong Titah Jangan Lupa Prinsip Rukun Negara, Kita Tidak Boleh Terima Orang Kurang Ajar

Agong Titah Jangan Lupa Prinsip Rukun Negara, Kita Tidak Boleh Terima Orang Kurang Ajar

21/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah supaya rakyat Malaysia jangan lupa terhadap lima prinsip Rukun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd