• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Guru Di Kedah Tular ‘Grooming’, Cakap Lucah Dengan Pelajar Dikeluarkan Dari Institusi KPM

oleh Mohd Arshad
04/12/2025
dalam Terkini
0
2 Guru Di Kedah Tular ‘Grooming’, Cakap Lucah Dengan Pelajar Dikeluarkan Dari Institusi KPM
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR: Dua guru di daerah ini yang didakwa terbabit salah laku seksual terhadap pelajar sudah dikeluarkan daripada institusi pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM).

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) melalui kenyataan hari ini berkata, tindakan itu diambil sementara menunggu siasatan selesai.

Katanya, JPN mengambil serius dakwaan salah laku seksual membabitkan dua guru di negeri ini seperti yang tular di media sosial.

“Kedua-dua kes berasingan ini sedang berada dalam siasatan JPN Kedah.

“Tindakan diambil JPN untuk mengeluarkan guru terbabit daripada institusi pendidikan KPM sehingga siasatan selesai,” katanya.

Terdahulu, tular tangkap layar perbualan antara dua individu didakwa membabitkan seorang guru lelaki dan pelajar perempuan berusia 15 tahun dari sebuah sekolah di sini.

Guru terbabit didakwa cuba melakukan ‘grooming’ terhadap pelajar itu menerusi perbualan lucah.

Satu lagi kes didakwa membabitkan seorang guru yang bercakap lucah di dalam kelas, juga dari sebuah sekolah di sini.

Dalam pada itu, JPN Kedah berkata pihaknya tidak berkompromi dengan sebarang perlakuan yang membabitkan salah laku seksual dan akan terus memastikan keselamatan serta kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga institusi pendidikan diberi perhatian.

-Berita Harian

Tags: GroomingKedahKPMlucah
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

KPM Junjung Titah Yang Di-Pertuan Agong

KPM Junjung Titah Yang Di-Pertuan Agong

19/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menjunjung kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang menyentuh mengenai pendidikan negara sempena...

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd