• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Nepal Liwat, Campak Kucing Ditahan Reman – Polis

oleh Mohd Arshad
16/11/2025
dalam Jenayah
0
Warga Nepal Liwat, Campak Kucing Ditahan Reman – Polis
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki warga Nepal yang disyaki meliwat dan mencampak seekor kucing dari aras empat sebuah pangsapuri di Kota Kemuning, di sini, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Embol berkata, polis menerima satu laporan 12.30 pagi yang dibuat oleh salah seorang penghuni pangsapuri berkenaan.

“Siasatan mendapati, pengadu bersama suaminya yang baru tiba di kediaman mereka melihat dari dalam kereta seorang lelaki dalam keadaan bogel dipercayai sedang meliwat seekor kucing.

“Suami pengadu kemudian naik ke aras empat untuk menegur perbuatan suspek tetapi suspek mencampak kucing itu ke bawah sebelum melarikan diri dan kejadian itu turut dirakam oleh pengadu menggunakan telefon bimbitnya.

“Bertindak atas maklumat, polis menahan seorang lelaki warganegara Nepal berumur 33 tahun yang dipercayai suspek kejadian pada jam 4.45 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ramsay berkata, suspek yang juga bekerja sebagai pengawal keselamatan di pangsapuri terbabit ditahanan reman selama lima hari bermula 15 hingga 19 November oleh Majistret Mahkamah Shah Alam bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati, suspek tiada sebarang masalah mental, dan ketika kejadian di bawah pengaruh alkohol.

“(Keadaan, jantina serta spesies kucing)…tidak pasti kerana kucing berkenaan gagal dikesan setelah kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan kesalahan iaitu persetubuhan luar tabii dengan haiwan dan Seksyen 428 Kanun Keseksaan,” katanya.

Pada masa sama katanya, mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Jenayah Inspektor Mohamad Zulkifli Mohamad di talian 0111-6958529.

BHonline-

Tags: kucingwarga nepal
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Bunuh Dua Beranak Di Juru, Tiga Lelaki Warga Nepal Direman 7 Hari

Bunuh Dua Beranak Di Juru, Tiga Lelaki Warga Nepal Direman 7 Hari

25/10/2025
0

BUKIT MERTAJAM: Tiga lelaki warga Nepal direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan dua beranak di Kampung Sekolah Juru,...

Rusuhan Indonesia: Reda Rumah Dijarah, Uya Kuya Minta Kucing Dikembalikan

Rusuhan Indonesia: Reda Rumah Dijarah, Uya Kuya Minta Kucing Dikembalikan

03/09/2025
0

JAKARTA - Ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) yang digantung tugas, Uya Kuya menyatakan beliau reda dengan insiden rumahnya yang dijarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd