• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

oleh Mohd Arshad
08/11/2025
dalam Terkini
0
Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohd Lazim Ismail, berkata empat lelaki berusia 16 hingga 23 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan bersabit kes samun sehingga mendatangkan kecederaan dalam kejadian itu.

Mengulas lanjut, katanya polis menerima laporan Rabu lalu berhubung kes yang menyebabkan seorang lelaki berusia 21 tahun tercedera.

“Mangsa cuba meleraikan salah faham antara suspek dan rakannya, sebelum cedera pada kepala, muka serta tangan akibat terkena pisau.

“Suspek turut dilapor melarikan barangan milik rakan mangsa semasa kejadian itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata empat lelaki yang ditahan susulan kejadian itu kini disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

“Mereka kini direman tujuh hari bermula Khamis lalu hingga 12 November ini,” katanya.

Terdahulu, BH melaporkan polis mengesahkan lelaki yang berlumuran darah dalam satu video tular sebagai mangsa tetak.

Dalam video berdurasi beberapa saat itu, mangsa dilihat berlumuran darah dengan kesan luka pada dagu dan lengan kanan.

BHonline-

Tags: kes samunlelaki berdarah
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

Penyamun Bersenjata Kerambit Diberkas

Penyamun Bersenjata Kerambit Diberkas

12/05/2024
2

Kota Kinabalu : Penjenayah yang melarikan diri selepas menyamun sebuah kedai runcit di Kampung Mempikit Laut, di sini, menggunakan kerambit,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd