Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak
CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara Shenzhen, China, apabila seorang wanita menghalang pintu tren laju dengan badan dan kakinya bagi menghalang pintu daripada tertutup supaya keluarganya yang tiba lewat dapat menaiki tren tersebut.

Walaupun kakitangan berkali-kali cuba menghalang dan penggera berbunyi, wanita itu tetap enggan berundur, sebaliknya terus menggunakan telefonnya sambil memberi isyarat kepada keluarganya supaya segera datang.
Tindakannya mencetuskan kemarahan orang ramai, dan disebabkan sikapnya yang tidak menghormati ketepatan masa jadual tren di China.
Dia dikritik sebagai sangat mementingkan diri dan mengganggu ketenteraman awam.
Dia kemudian ditahan tanpa perbicaraan (administrative detention) oleh pihak polis. – MYNEWSHUB
Sumber: Daily Mail
**Video juga di di Channel Telegram Mynewshub…. Sini


