• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saksi Dedah Tulis Kisah Persahabatan Dalam Diari Bersama Zara Qairina

oleh Mohd Arshad
10/11/2025
dalam Terkini
0
Saksi Dedah Tulis Kisah Persahabatan Dalam Diari Bersama Zara Qairina
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Seorang saksi kanak-kanak memberitahu Mahkamah Koroner di sini bahawa dia dan Zara Qairina Mahathir sering menulis kisah persahabatan mereka dalam diari yang dikongsi bersama sejak Mei tahun lepas.

Pendedahan tersebut dibuat oleh saksi kanak-kanak ke-32, yang merupakan kawan rapat Zara Qairina sejak sekolah rendah agama negeri, pada prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha itu di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Peguam Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, yang mewakili ibu Zara Qairina berkata, saksi memaklumkan pada Mei 2024, dia dan Zara Qairina telah memulakan diari bersama yang digunakan secara bergilir-gilir.

“Menurut saksi, tidak ada orang lain yang boleh membaca diari itu selain saksi dan Zara Qairina. Kali terakhir saksi nampak diari tersebut adalah pada Februari 2025,” katanya ketika berkongsi keterangan saksi itu selepas prosiding pada Isnin berakhir.

Beliau berkata, menurut saksi, mereka menjadi kawan rapat kerana Zara Qairina seorang yang baik, ceria serta “meletakkan usaha” dalam persahabatan seperti membelikannya hadiah, yang menyebabkan dia suka berkawan dengan remaja itu.

“Saksi juga berkata Zara Qairina manja dengan ibunya. Zara Qairina akan sentiasa pergi ke mana-mana dengan ibunya. Layanan ibu Zara Qairina juga baik.

“Malah, ibu Zara Qairina yang akan menghantar dan mengambil sekiranya Zara Qairina melawat ke rumah saksi,” katanya.

Sementara itu, peguam Joan Goh, yang mewakili seorang kanak-kanak dalam kes buli Zara Qairina, pula berkata, saksi memaklumkan bahawa sepanjang perkenalan mereka, Zara Qairina kurang bercerita tentang bapanya.

Menurut saksi, Zara Qairina juga tidak pernah bercerita mengenai sebarang masalah berkaitan ibu atau keluarganya.

Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth di sini pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada jam 4 pagi 16 Julai.

Prosiding inkues bersambung esok.

-Sinar Harian

Tags: Diari BersamaKes Zara Qairinasaksi
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Saksi Dedah Zara Qairina Pernah Difitnah, Takut Dengan Pelajar Senior

Saksi Dedah Zara Qairina Pernah Difitnah, Takut Dengan Pelajar Senior

26/01/2026
0

KOTA KINABALU: Allahyarham Zara Qairina Mahathir dilaporkan pernah berasa takut terhadap pelajar senior di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun...

Zara Qairina Menitiskan Air Mata Ketika Dipanggil Dalam Ambulans – Guru

Zara Qairina Menitiskan Air Mata Ketika Dipanggil Dalam Ambulans – Guru

01/12/2025
0

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu bahawa Zara Qairina Mahathir menitiskan air matanya sebanyak dua kali ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd